Sunday, July 20, 2014

HARAM! Antara Mereka Yang Haram Disentuh!

Image

Assalamualaikum

Hari Raya Aidilfitri hampir tiba, dengan itu, saya dengan sedikit ilmu yang saya ada ingin memberikan PANDUAN KEPADA LELAKI & PEREMPUAN, dengan siapa yang HARAM dan HALAL untuk DISENTUH

Jom kita baca & fahami apa itu mahram & apa itu muhrim .. :)

Mahram - bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik-beradik kita; mak, ayah kita & mertua...


Muhrim - adalah perkataan Arab yang membawa maksud orang yang sedang melakukan ihramhaji ataupun umrah.

Diharap dengan penjelasan di atas kita dapat membezakan maksud & penggunaan dua perkataanini..

Di bawah ni ialah imej mahram bagi wanita & lelaki.. Moga lepas ni kita tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.. :)

www.blogz-anda.blogspot.com
Mahram Lelaki

www.blogz-anda.blogspot.com
Mahram Perempuan


Semoga kita menjaga adab dan pergaulan kita di hari raya. Selamat Menyambut Hari Raya Semua!



kredit to http://bermulapencarian.blogspot.com/2012/10/mahram.html


Image


                                                                   

PENTING! Ramai Lupa Cara Bahagiakan Anak!



Image



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.





Image


GEMPAR!! Baju Daripada Ayat QURAN Dipakai Begitu Sahaja!!


Inilah Pakaian Yang dipakai Bercorakkan Ayat Quran!

Dipercayai bahawa hal ini berlaku dinegara kita dimana si pemakai dipercayai Pelancong dari Korea. Beliau telah dimarahi oleh seseorang kerana telah memakai Baju Bercorakkan Ayat Quran! Tetapi dia hanya tersenyum mungkin kerana dia tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku

Pelancong Korea itu menyatakan bahawa pakaian itu telah dibeli di India.

p/s: Macam-macam hal berlaku sekarang ni

Image

Saturday, July 19, 2014

TERBARU! Video Real Pesawat MH17 Terbakar Selepas Ditembak Di langit

Inilah Video pesawat MH17 ditembak dengan real Yang berjaya dirakam - 

Isu pesawat Mas MH370 belum lagi ditemui muncul pula tragedi baru semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Pelbagai konspirasi dikaitkan dengan peristiwa ini ada yang mengatakan Rusia bertanggungjawab ada juga yang mengatakan ia telah dirancang dan ada juga yang mengatakan Amerika juga terlibat dalam kes ini apa pun kita tunggu siasatan yang bakal dijalankan


Video dibawah telah dikongsikan melalui wall page friend of BN jadi dalam video ini lihatlah bagaimana pesawat ini terjunam selepas ditembak. Semoga penjenayah ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan

Read more: http://www.beritahariann.net/2014/07/video-real-pesawat-mh17-terbakar.html#ixzz37tZZuUeM




Post by Putera izman.com.


sumber dari www.beritahariann.net


Image

Friday, July 18, 2014

TERKEJUT!! RAKAMAN PESAWAT TERHEMPAS DEPAN MATA

TERKEJUT!! RAKAMAN PESAWAT TERHEMPAS DEPAN MATA


KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak senuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amara (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP



777 ada 2 enjin je.. ni kapal terbang apa ye?

Kredit:
See more at: http://www.sembangape.com/2014/07/gempar-rakaman-mh17-terhempas-depan-mata.html?m=1#sthash.fc0kyxbH.0AFgGNMR.dpuf