Saturday, May 11, 2013

Seru Rezeki datang PANTAS, TERBONGKAR!

Assalamualaikum warahmatullah..

jika saya tanya tentang REZEKI PANTAS? Apa pendapat rakan2?

1. Duit Pantas?
2. Duit banyak?
3. Duit Berlambak?



sebenarnya soal rezeki ini adalah rahsia Allah, tiada makhluk di dunia ini mampu menentukan rezeki siapa2.. saya berharap tiada siapa antara kita mengaku boleh menentukan rezeki kita selain Allah.. Rezeki merupakan  nikmat Allah yang tidak terhingga, yang dapat memberikan kita makanan atau minuman atau rezeki berbentuk wang ringgit yang membolehkan kita berupaya membeli perkara keperluan mahupun kehendak.

Persoalannya, adakah kita tahu bagaimana nak menaikkan prestasi rezeki untuk datang kepada kita? Rata-rata antara kita mahukan rezeki yang banyak datang dengan pantas bukan? maka saya akan bongkarkan sedikit sebanyak yang mungkin boleh diguna pakai =)


1. Solat Sunat Dhuha
 - ini banyak ditekankan dalam ilmu agama Islam. Rasulullah melaksanakan solat dhuha ini sebanyak 12 rakaat 6 salam setiap hari. Untuk pengetahuan semua, Solat Dhuha ini hanya 2 rakaat dan 1 salam. dilaksanakan setengah jam ke 45 minit selepas waktu syuruk. Solat dhuha ini tempohnya sehingga jam 11.00 pagi waktu semenanjung Malaysia (sebelum matahari tegak diatas kepala).

2. Sentiasa bersedekah
- Tangan yang diatas lebih mulia dari tangan di bawah. tambahan pula, bersedekah ini dapat menyuburkan rezeki kita, disamping dapat membantu mereka yang memerlukan.





3. Banyakkan amal ibadah yang ikhlas.
- Ikhlas itu hanya Allah yang tentukan. kita sebagai hambanya wajib kerjakan dengan bersungguh2. Makin kita dekat dengan Allah, Makin Allah dekat dengan kita, seumpama 1 langkah kita dekat dengan Allah, 10 langkah Allah datang kepada kita, bermaksud, Allah akan memakbulkan doa kita kerana kita bersungguh mengharapkan pertolongannya.

4. Kurangkan maksiat.
- maksiat yang dinyatakan adalah berkaitan dengan makssiat mata, tangan, kaki dan seluruh pancaindera. Syaitan sangat suka menggoda manusia dan kita pula termakan godaannya. Secara tidak langsung, Allah murka dan susah memakbulkan doa kita.

5. Sentiasa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal
- Jika ada visi dan misi yang cemerlang, kita harus sertakan dengan tindakan yang cepat dan betul, dan disertakan lagi dengan doa yang tidak putus2 kepada Allah.

kesimpulan, jika mahukan rezeki yang banyak dan pantas, amalkan setiap apa yang saya kongsi ini. saya berharap ia dapat diamalkan bersama. Ingat! jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Rahmat Allah sentiasa terbuka luas. Rezeki yang datang adakalanya merupakan UJIAN ALLAH. Jangan lupa bersyukur ye rakan2..

P/S: Ada satu buku yang lari terjual, tentang SERU REZEKI. Mungkin ia dapat membantu rakan2 untuk memantapkan lagi REZEKI TUAN-TUAN.. (klik animasi di bawah ini untuk review)


No comments:

Post a Comment