Thursday, April 29, 2010

belajar atau bekerja yang seronok?

ap erti belajar

"menimba ilmu pengetahuan secara formal atau tidak formal"

bekerja

"mencari rezeki bagi memenuhi keperluan diri"

beberapa penyelidikan dibuat oleh penulis mengetahui pendapat orang ramai, antara salah dari tajuk blog ini, dimanakah pilihan mereka.. bagi pekerja, mereka lebih menujukan kepada belajar adalah lebih seronok, kerana, mereka tidak tertekan dengan politik tempat kerja, waktu belajar tidak memenatkan dan kehidupan semasa belajar tidak memikirkan banyak masalah seperti ingin memikirkan tentang bayaran rumah sewa, kereta dan sebagainya.

tetapi, pelajar menyatakan mereka tidak sabar untuk bekerja kononnya bekerja dapat membuatkan mereka hidup berduit dan dapat memiliki apa kehendak mereka. selain itu, mereka juga akan bebas menggunakan wang tanpa memberitahu kpd ibu bapa tntang penggunaan duit. belajar adalah membosankan dan memeningkan lebih-lebih lagi apabila ketibaan hari peperiksaan.

banyak lagi pendapat yang di dapati dan penulis ingin bertanya kepada anda di luar sana.. adakah bekerja atau belajar lebih seronok?

sekian

"segalanya disini"


sang pengilham

mencari cinta

tajuk sangat best

"mencari cinta"

cinta apa yang anda hendaki? cinta yang membahagiakan anda di dunia? akhirat? atau dua-dua?

bukan senang mencari cinta yang sentiasa membahagiakan diri. melainkan cinta yang dicari adalah untuk Allah.

cinta adalah perkara yang subjektif. yang boleh dinilai oleh mana-mana manusia yang memahami maksud cinta.

apa pengertian cinta pada anda?

pada penulis, cinta adalah perasaan yang istimewa terhadap sesuatu dimana cinta membuatkan manusia menjadi lebih semangat melaksanakannya kerana cinta. dan manusia lebih rela mati jika hilang cinta.


oleh itu, meminta pendapat kalian tentang cinta

cinta.. cinta hakiki hanya untuk Ilahi..

sekian

"segalanya disini"

adakah puas membuat dosa

dari pengamatan penulis blog ini, seseorang tidak akan puas melakukan dosa sehingga dia tiada lagi,melainkan iman dihati dapat menghalangnya. kenyataan ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu. sebenarnya adalah dari ilham penulis di siang hari yang sentiasa menilai sesebuah kehidupan manusia yang sentiasa menurutkan hawa nafsu untuk kepentingan diri. sebagai manusia yang digelar khalifah muka bumi, seharusnya membahagikan diri dengan pelbagai perkara yang bermanfaat. menghiasi jiwa dengan perkara makruf dan menjauhi perkara mungkar.

kita hanya insan yang sentiasa alpa atau pelupa, sewajarnya mencari ilmiah tanpa disuruh kerana mempunyai akal fikiran di mana sahaja.. internet, akhbar, majalah.. adalah contoh2 untuk mendapatkan bahan bacaan yang bagus dan dapat menjadikan diri sendiri bertambah ilmu pengetahuan.

tanpa banyak bicara, "adakah puas membuat dosa?" bertanya kepada anda semua. nyatakan pendapat anda

sekian

"segalanya disini"

segalanya ada disini

hye! "segalanya ada di sini". begitulah motto yang teramat sesuai untuk dibaca dan dipertonton kepada semua dalam blog ini..

segala pandangan diterima sama ada negetif dan positif.. jadikan ia satu platform untuk meluahkan isi hati anda..

akhir kata.. salam..

editor

sang pengilham