Tuesday, November 8, 2011

OH YEKE! TIPS MENJADIKAN ORANG RAMAI INGAT ANDA.


ADAKAH ANDA SEORANG YANG INGINKAN ORANG LAIN SELALU MENGINGATI ANDA?

PIC DIATAS ADALAH PENYELESAIANNYA.

SEKIAN

Saturday, August 6, 2011

MEMBINA BLOG DIARI PERIBADI

aku sangat suka bile tengok orang buat blog DIARI peribadi.. tetiba nak wat blog berunsurkan peribadi/diari. macam best je.. tapi ada ke yang nak baca?? haha,, mungkin "ramai" kot menunggu aku membuat diari ni... hehe.. teruja sgt tengok orang wat blog macam diari.. ada MASAKAN, ada MASALAH, ada GEMBIRA, dan ADA GMBAR YANG COMEL! haha..


adakah saya akan membuat blog peribadi?? haha,,, sape nak saya buat pasal kehidupan saya??sape setuju???hahaha


kalau ada orang respon pasal title blog ni, lagi semangat kot nak buat.. hahaha


k2, saya xnak kacu semua orang.. daaa... hehe




bukan DIARI AF TAW!

Friday, August 5, 2011

NAK JADI ALIM BAGAIMANA???


nak jadi alim bagaimana...

adakah dengan memakai kopiah dan jubah sudah mencukupi syarat untuk menjadi alim?

sebenarnya.. alim adalah mereka yang mempunyai ilmu agama yang banyak..mereka yang nak jadi alim, mestolah kumpul ilmu daripada orang2 yang berpengetahuan tinggi seperti ustaz di JAKIM ke, dan sebagainya.. carilah ilmu dimana2 sehingga kamu digelar orang yang berpengetahuan..

ingat, menjadi orang yang alim mestilah berguru pada awalnya dan tidak bergantung kepada kitab semata2 kerna mereka yang belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan.. baik2 jadi alim tetibe jadi sesat plak

rajin2 cari ilmu.. kat YOUTUBE banyak kan... dengar la ceramah ke, tazkirah ke, byk ustaz2 yang hebat ada dalam YOUTUBE... ustaz kazim alias, haron din, ismail kamus, yazid salikan (to be) hahaha..insyaallah..

so bagi saya, perlu untuk kita jadi alim untuk menyebarkan ilmu berguna kepada generasi masa depan..

HIDUP YANG SEMPURNA BERMULA DARI ILMU YANG BERGUNA


Tuesday, July 12, 2011

DUGAAN NI BODOH!


ramai yang menyesali jika ada dugaan yang datang.. kadang kala dugaan ini dianggap sebagai S@#L... walaupun begitu sebenarnya dugaan adalah sgt penting dalam kehidupan kita kerana

"dugaan yang datang adalah pencetus kepada kejayaan kelak"

hari ini kita dapat lihat ramai orang yang berjaya hasilnya daripada dugaan dan kesusahan yang dihadapi.. bagi saya, kita harus bersyukur atas kesusahan yang datang kepada kita.. kesusahan mengajar kita berfikir, berfikir dan terus berfikir..berfikir apa? berfikir bagaimana untk melepaskan diri daripada kesusahan.. jgn ambil jalan mudah untuk melepaskan diri daripada kesusahan seperti membunuh diri, mengambil dadah, dan sebagainya.. harus rasional, kerana rasional itu yang menntukan hala tuju yang positif..

kawan2 dan sahabt sekalian,

saya berharap agar semua kawan saya dan sahabat andai.. bersyukurlah dengan dugaan yang datang.. tidak perlu mengeluh dan memberontak, tapi hadapilah dengan senyumna..

kita jumpe lain kali ye..

bye

"kejayaan sebenar datang dari hati yang suci niatnya"


ADD TWITTER AKU LEH?? ajid87@gmail.com

Friday, July 1, 2011

Perjuangan Masih Belum Selesai

*penulis adalah belakang sekali sebelah kiri

hye korang! apakah mmaksud perjuangan? "gaduh" "bertumbuk" atau "belasah"???

oh .. no no no..

jgn macam tu..

xelok kan..

perjuangan yang sebenar adalah lahir dari hati yang ingin menegakkan kebenarand dari sudut batin dan fizikal.. perjuangan disini lebih bermaksud kepada perjuangan untuk mendapatkan kehebatan dan kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.

setiap perkara harus dipandang serius apabila ia berkaitan dengan prinsip hidup, maruah serta kedaulatan.. setiap hari aku berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan ketenangan hidup.. sebenarnya ia harus dimulakan dengan azam yang tinggi, berjuang melaksanakannya dan jangan putus asa..

kita tidak boleh berhenti dari terus berjuang.. berjuang selagi nadi masih berdenyut dan darah yang sentiasa mengalir..

alhamdulillah kita hidup di negara yang aman.. tidak berlaku peperangan dan rusuhan.. perjuangan sekarang adalah mempertahankan keamanan ini setiap hari..

sekian dari saya.. berkongsilah dengan saya walau satu kata pepatah..

"tiada yang mustahil jika kita sentiasa percaya"

Thursday, April 21, 2011

BLOG AKU TAK RAMAI ORANG WALK IN =(


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih
(Ulang semua)

hye korang, korang sihat? ap aktiviti korang arini or minggu ni.. hope korang sihat dan ceria sentiasa.. arini aku nak cerita tentang kehidupan, pengalaman, dan situasi yang dihadapi.. mungkin ia nya dari aku atau org yang terdekat dengan aku..

adakah salah untuk orang lain berbuat baik sama ada kepada kita mahupun org lain?

saban hari, kita lihat, sikap manusia yang sentiasa mendengki satu sama lain.. ini adalah satu perkara yang patut kita hindarkan.. kerana ia boleh merosakkan perpaduan mahupun perhubungan silaturrahim.. betol kata orang, susah nak jumpe orang yang senang tgk orang lain berjaya.. betol x? ini adalah satu perkara yang harus kita ubah dan make a revolution.. boleh tak kita ubah sikap dimana kita sangat senang melihat org lain berjaya?? mungkn susah.. tapi seharusnya kita mulakan langkah sedikit2 untuk mengubah reaksi dan sikap masyarakt supaya senang melihat kejayaan orang lain..

susahkah untuk memberikan komitmen pada tanggungjawab yang ada?

ini juga serius.. dimana.. ramai orang angkat tangan bile nk jawat pangkat yang besar.... tapi.. adakah kita menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya? mungkn jawatan itu diberi oleh pengurus seblumnya,atau dipilih secara majoriti oleh kawan2 yang mengenali dirinya.. seharusnya.. jawatan yang kita dapat.. jalankan dengan rasa tanggung jawab.. bukan hanya pangkat pada nama, tapi pangkat pada nama dan jati diri.. komitmen harus ada bile dah ada tanggungjawab.. x boleh dipandang ringan.. jika dah bergelar suami, harus ada komitmen menjaga keluarga, bini dan anak2.. jangan menjadi bapa yang suke lepas tangan... itu sudah menjadi satu masalah besar dalam keturunan.. nnti.. anak ntah kemana, bini lari ntah kemana.. jika kita sebagai pengurus dalam mana2 kelab atau persatuan.,. seharusnya mengambil tahu tentang aktiviti dan ahli kumpulan.. ambil berat itu penting kerana ia adalah satu sikap yang perihatin.. KOMITMEN PERLU ADA UNTUK MENGHASILKAN PENGIKUT YANG SETIA..

perlukah ego?

ego sangat perlu dalam masa2 tertentu.. tetapi.. ego jangan selalu diperap dalam jati diri... menyebabkan orng lain benci jika terlalu ego.. lembutkan hati dan cube terima pendapat orang lain.. ini barulah membina perhubungan yang sihat tanpa ada yang sakit hati.. ego perlu jika kita ingin menegakkn kebenaran.. ingat.. ego tak salah.. tapi how we practic that egois..

malas??? pergi mati!

harus katakan pada diri.. "wahai malas, kau boleh x jgn cari pasal dengan aku, pergi mati r ko @#$%&!!" .kan elok jika kita rajin., kalu malas, apa pon x jadi.. bile xjadi, jgn menyesal kemudian hari bile x berjaya nnti.. lebih2 lagi dalam menjalankan urusan diri ,, dari segi membersihkan diri, rohani, solatnye, ibadat sunat yang lain.. bagus taw kalau kita rajin.. orang akan suke lihat kita secara tak langsung dapat menambahkan pahala...

nak tulis blog pon kene rajin gak.. jgn malas.. nanti xda org blog walking dah sedih.. huhuhuhu.. kalau boleh update la paling kurang seminggu sekali..mungkin kat luar sana ada yang menyukai blog kite.. so.. kecian la kat diorang yang menunggu..

akhir kata.. tq pada semua yang masuk ke blog aku.... yang bagi komen, mak ayah, adik2.. dan paling penting peminat2 blog aku.. sayang korang semua.. <3 <3

Friday, April 15, 2011

KERJA YANG SENANG MEMANG TAKDE KAN?


hye! tajuk blog arini adalah seperti diatas.

A : B, ada x kerja yang senang ek?

B : hmm, ada kot...

A : kerja ap? ko pon mcm xyakin je..

B : kerja di pasar. siang ikan, buang bulu ayam..

A : itu susah gak wey, lagi2 aku yang xpernah nak tolong mak aku menyiang ikan dan ayam.

B : kerja pungut sampah?

A : itu pon susah gak, ko bayangkan kalau kene pungut sampah satu KL, x susah ke namanya tu?

B : kalau mcm tu, memang xda kerja senang la kan?

A : tahu x pe ...

kesimpulan:

aku yang masih berada di ofis, melayang2 fikiranku utk mencari duit yang lebih.. korang ada x duit lebih? bagi aku sket..hehe

sebenarnya, memang tiada kerja yang senang.. tapi, kerja yang ada sekarang akan bertambah senang jika kita mengetahui bahawa kerja itu adalah HALAL DAN DIREDHAI.

SEKIAN..

Tuesday, February 22, 2011

OTAI BLOGGER.. ADAKAH KEREDHAAN MAK AYAH PENENTUAN PEMES KORANG?


salam sejahtera! hari ni saya ada persoalan... adakah keredhaan mak ayah kepada OTAI2 BLOGGER, merupakan salah satu sebab korang pemes?

pendapat saya tentang keredhaan mak ayah...

  1. sangat2 penting. sbb itu adalah punca utama kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. sebb keredhaan Allah tereletak pada keredhaan mak ayah.. so.. mungkin kan OTAI2 ini sangat popular sebb diredhai mak ayah? hehe
  2. kalau mak ayah xredha apa jadi? jawapannya: kita susah nak berjaya. mungkin kite akan berjaya.. tetapi kejayaan itu tidak mendapatkan keredhaan Allah.. so.. x berguna lah kejayaan kita itu..

skrang ni ak ada game.. game yang nak menguji ADAKAH ANDA BETOL2 SAYANGKAN KELUARGA.. OTAI BLOGGER KENE TERLIBAT SAMA K.. HEHE

GAME NI NAK TAHU SEJAUH MANA KORANG SAYANGKAN KELUARGA KORANG.. AK HARAP KORANG JUJUR..

..KORANG TEKAN KAT GAMBAR DI BAWAH NI UTK BERMAIN GAME INI..



p/s: JGN TIPU TAW... MUNGKIN BILA KORANG JUJUR KORANG AKAN JADI PEMES MCM OTAI2 BLOGGER.. HEHE




Monday, February 21, 2011

TIPS NAK JADI PEMES DALAM DUNIA BLOG


salam perpaduan diucapkan kepada semua. sape kat sini suka pemes mcm artis? tp kat sini aku leh tolong korang bagaimana nak jadi pemes dalam dunia maya..a.k.a dunia blogger...

tips nak jadi pemes dalam dunia blog.. apakah caranya?

  1. pastikan selalu update blog.. penerangan ;bagi sesape nak jadi pemes, kene la selalu appear dalam dunia ni.. korang kene update blog selalu.. pastu PING blog.. kalau susah sgt cari idea, bykkan bergaul dengan kawan2 dalam blog or fb (sahabat blogger, kami si blogger, cool blogger, dll) baca surat kabar, majalah dan sbg. dengan cara itu korang akan dapat idea nak tulis dalam blog. (p/s - penulis da lama x tulis blog sbb tiada idea)
  2. selalu join gathering blogger.. penerangan;- korang tengok selalu byk gathering dibuat oleh blogger.. korang join la.. mana tahu leh kenal n bertukar link. memang gerek.. cara ni pon bleh buatkan korang mesra dan selalu bertukar pikiran dalam blog...
  3. selalu buat contest dan hadiahnye gempak.. penerangan;- memang x dinafikan kalau korang buat contest. memang korang akan senang jadi pemes.. walaupon diorang juz tgk blog korang semata2 nak hadiah contest, at least diorang gembira.. kerana.. sambil2 tgk blog leh dapat hadiah.. lagi2 kalu hadiah tu memang gempak dapat ipad ke. dapat ipod, bini eh.. hehhe.. tersilap..so buatlah kontest selalu.. konfirm korang akan pemes..
  4. buat blog walking yg ikhlas (bukan spam) penerangan;- bukan senng nak jumpe blog walking yg ikhlas.. maskudnya.. datang ke blog orang lain, dan hnya tulis.."jalan2 disini" (ops.. macam penah wat je..) . sepatutnye korang komen2 la,,, bg idea pada kawan2 blog dan lain2.. ini kan boleh mengeratkan silaturrahim antara blogger,, hehe
  5. sentiasa buat blog yang mempunyai tips2 yang berguna.. penerangan;- korang kene tahu semula apa tujuan kita tulis blog.. msti kite tahu yang kita haruslah memberikan kesenangan dan tips yg berguna kepada kawan2 dalam blog.. orang MALAYSIA sgt suka tips2 dari korang yang ada blog.. kan bagus kalau kita memberikan kemudahan dari segi idea kepada kawan2 kita apabila membaca blog kita..
  6. buat video blog (vblog) penerangan;- bukan semua orang suka membaca blog tetapi ada yg suka mendengar juga.. kerana mgkin dari vblog leh buatkan org senng paham dgn apa yg diperkatakan dalam blog kita berbanding dengan tulisan dalam blog..
  7. selalu join forum yang berkenaan dengan blog (sahabt blogger, gengblogger, cool blogger, dll) penerangan;- biasanya kalau nak jadi sennang pemes,, korang kene byk mencapub sket.. hehe.. itu yang paling senang.. korang jgn x online selalu dalam forum.. nnti korang kurang pemes.. hehe
p/s- PEMES = MENCAPUB selalu .betol ke?

Thursday, February 10, 2011

adakah ARTIS MALAYSIA dan BLOGGER suka pakai tshirt design sendiri?



saya ada buat baju direct kilang..

saya boleh bagi quotation juga..

kualiti pon bagus..

alhamdulillah.. market sekitar semenanjung,,

design sendiri ye..

p/s: sy akan kira berdasarkan kuantiti baju, warna design, dan lain2.. masa penghantaran adalah tepat pada masanya..

013-4777862
ajid87@gmail.com

yg benar
-yazid-


Wednesday, February 9, 2011

Azan dan Kelebihannya



Azan
adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama ISLAM sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

LAFAZ AZAN DAN IQAMAT

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,اشهد ان لا اله الا الله
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,اشهد ان محمد رسول الله
Marilah menunaikan solat,حي على الصلاة
Marilah merebut kemenangan,حي على الفلاح
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)(UTK IQAMAT)قد قامت الصلاة
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Tiada tuhan selain Allahلا اله الا الله

KELEBIHAN AZAN

"Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hamper ajal tidak dapat berkata apa-apa....lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

p/s: hayati azan dan pergilah solat di masjid atau surau jika kamu mendengar azan...
p.s.s: sampaikan dakwah walau sepotong ayat,,

KREDIT

Monday, February 7, 2011

BETOL KE OTAI BLOGGER RAJIN MEMBACA, RAMAI FOLLOWER??



hye korang.. persoalan tajuk diatas nak ditanya pada korang semua.. adakah mereka yang rajin membca akan mendapat ramai follower?

mungkinkah mereka yang suka membaca buku waktu kecil, akan suka membaca blog orang lain? so dengan itu, die akan difollow oleh blog lain??

mungkin ia satu persoalan yang mungkin logik atau mungkin tidak... apakah rahsia otai2 blog sampai follower mendekati angka 10 ribu follower?? 8 ribu follower?? adakah mereka rajin membaca blog org lain dan akhirnya die mempunyai folower yg begitu ramai??

akhir sekali, apa faktor2 yang menyebabkan otai blog ramai follower selain mereka rajin membaca blog orang lain??

Sunday, February 6, 2011

PARIS HILTON MASUK ISLAM???


DARI SUMBER NI.. KORANG BACA LAH.. AKU CUBE COPY PASTE PERNYATAAN WEB NI..



"JEDDAH - Saudi Arabia - Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news.

"She has been toying with the idea for quite a while now and when she was imprisoned at Century Regional Detention Facility in 2007, she encountered a few people who had already converted," Mr Brinkham said.

By converting to the Muslim faith, Paris Hilton has decided to shun her old life as a celebrity skank.

Speaking from an Islamic study retreat in Jeddah, she said: "I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."

Hollywood Jihad

Ms Hilton plans to return to Los Angeles next week to start her own Islamic school in the middle of Beverly Hills.

"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone," an excited Paris Hilton said.

Paris Hilton also plans to change her name to 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Her Islamic school will open in July and is set to become a popular Hollywood spiritual haunt for many celebrities."


ADAKAH INI FAKE ATAU REALITI????



KREDIT

http://www.dailysquib.co.uk/entertainment/2636-paris-hilton-converts-to-islam.html

Friday, February 4, 2011

DILEMA CONTEST OLEH RAKAN2 BLOGGER..




hye korang! adakah korang ada simptom2 yg buatkan anda tidak leh tidur? selera makan berkurang? dan mandi x basah?

itu ternyata anda menghidapi penyakit... penyakit apa?? cinta??? angau??
..
..
.
.
tidak... anda sebenarnya terkena penyakit CONTEST DI BLOG!

sejak hari2 yang berlalu, blogger yang beribu2 di Malaysia ini sangat rajin menganjurkan contest(Aku ada wat gak).. ini menyebabkan beribu2 yang lain ingin memasukinya.. ada yang buat SIAPA KOMEN TERBANYAK, REVIE BLOG, FOLLOWER TERHEBAT, ENTRY TERHEBAT, dan lain2.. hadiah juga lumayan... ADA TOPUP la, ad I PHONE la.. ada dapat KERETA, dan macam2!
semua blogger yang menonton contest ini (termasuk aku)mesti nak berebut macam nak gila,, haha.. apakah impak yang korang rasa akan berlaku jika ada terlalu banyak contest @ pertandingan?? Bagi pendapat saya, ada 2 impak.. impak positif dan impak negetif..


positifnya, adalah lebih kepada yang menganjurkan contest.. kerana mereka boleh meng”up”kan trafik dalam blog or web mereka. Mereka yang menyertai pertandingan itu juga akan terima positifnya iaitu mendapat hadiah (jika menang la). Yang xdapat, mugkin akan rasa kecewa.. sebb dah curahkan usaha pelbagai tapi xdapat hadiah(ciannye).. selain itu juga, mereka yang terlibat dalam contest ini pasti dapat mengeratkan silaturrahim secara tidak langsung.. betol x?? hehe.. itu kan bagus namanya, mungkin dari contest itu ada yang bertemu jodoh, bertemu saudara yang da lama berpisah.. dan lain2..

negetifnya contest ini, mngki x bnyk.. sket je.. apa yng leh dikenalpasti, mungkin ada blogger yang menyertai contest tersebut sanggup tak tido, xmakan dan xbuat apa2 sbb nk mnng..itu dah dinamakan kemaruk masuk contest.. dah buang masa.. kalau menang, berbaloi la.. kalau x?? adakah berbaloi dgn usaha? Tepok dada tnye diri sendiri.. selain itu, mgkin akan ada perasaan hasad dengki yang timbul apabila x menang.. iaitu bergaduh dengan penganjur sebab rasa diri layak menang.. dan sebagainya..

kesimpulan.. ikut diri sendiri.. maaf kalau entry kali ini membuatkan sesiapa sakit hati.. chillax!

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011


"STICKY POST" ENTRY!
ADAKAH SAME DENGAN "ENTRY POS MELEKIT"??

JIKA INGIN TAHU TENTANG CONTEST INI CLICK SINI

NAMPAKNYA SAYA AKAN MENANG.. BETOL X KAWAN2??


SOLAT JUMAAT - APA HUKUMNYA..


Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)


Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah .


Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individumuslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)


Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.


Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. bersugi
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf
  9. solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan bezikir, membacaAl -Quran dan berselawat ke atas Nabi.

sumber - wikipedia..

Thursday, February 3, 2011

25 TENTANG AK - YAZID -


AK DIJEMPUT OLEH CIKGU SURAYA UNTUK MENGETAHUI 25 TENTANG AKU.. HEHEHE.. tq cikgu suraya!
  1. nama penuh sue, mohd yazid bin salikan
  2. besday atau tarikh sue dilahirkan, 11 DISEMBER 1987...
  3. SAYA dilahirkan xcukup 1 bulan..dan berat MASA KECIK 2.96 KG...sangat KURUS k..hehehe.. skrg 93 kg. akan menurunkan kepada 70kg
  4. YAZID anak SULUNG dari 3 beradik..
  5. pernah jadi penolong ketua pengawas masa sekolah rendah..SELALU DAPAT NO 3 MASA SEKOLAH RENDAH!
  6. SUKAN - SILAT OLAHRAGA - MENDAPAT 10 EMAS DARI 20 PERLAWANAN
  7. SUKE SANGAT SENYUM!
  8. sangat suka karaoke! (SAMA MACAM CIKGU SUE -LAGU MAWI DAN JAMAL ABDILAH!)
  9. suka BERNIAGA
  10. BERNIAGA PENCETAKAN
  11. SUKA NASYID!
  12. bercita cita nak cipta lagu n lirik nasyid!
  13. semua cerita layan.. hehe
  14. pernah g ujibakat AKADEMI AL QURAN..tp direject sebab LUPA LAGU ALQURAN
  15. TAKUT KUCING.. HAHA
  16. SUKE KARTON GANAS ALA2 DRAGON BALL...
  17. SUKA PEREMPUAN manja,BERTANGGUNGJAWAB, BOLEH URUSKAN KELUARGA BERSAMA2..
  18. sangat jiwang dan romantis.
  19. saya sangat2 pakar bab SOAL CINTA!
  20. xtahu tentang fesyen.. ajarkan saya leh???
  21. buah hati?? masih available sebelum kawen.. haha
  22. sangat suke makan nasi dan ayam dengan tea o ais..
  23. xkuat makan.. cume kerap makan! haha
  24. saya sangat MANIS! dan saya boleh selerakan orang yang kurang selera makan..
  25. akhir sekali.. saya sangat sayang korang yang baca blog aku.. www.blogz-anda.blogspot.com @ KONCO BLOGGY!

Saya Blogger Ikon Mengucapkan Happy Chinesse New Yea

SAHABAT BLOGGER ADA CONTEST. TAPI AK IKHLAS MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA! link ke contest!



ADAKAH ANDA INGIN MENJADI IKON SAHABAT BLOGGER?

KONCO BLOGGY BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA

"saya selaku ala-ala duta Malaysia mengucapkan GONG XI FA CAI kepada semua rakyat MALAYSIA berbangsa CINA, saya mengahrapkan agar semua rakyat turut sama meraikan perayaan ini dengan hati dan minda yang terbuka dan gembira untuk melahirkan rakyat yang sentiasa bersangka baik dan saling membantu sama ada dalam kesukaan atau kesedihan. saya juga mengharapkan SLOGAN 1 MALAYSIA di fahami dan dilakonkan dengan ikhlasnya. akhir kata. 1 MALAYSIA! GONG XI FA CAI!"

PAKAI KAIN RUPENYE MASA BAGI UCAPAN! HAHA

VIDEO KHAS DARI KONCO BLOGGY



SAHABAT BLOGGER, GENG BLOGGER, ALL BLOGGERS, LAGU UTK KORANG..

ADAKAH ARTIS INI BAKAL POPULAR??


lagu khas utk KORANG.. SAHABAT BLOGGER, GENG BLOGGER, DAN KAWAN2 BLOGGER

CINTA TERAKHIR - KONCO BLOGGY

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/03/lirik-cinta-terakhir-aiman.html#ixzz1Cq1QOkyA


KEPUTUSAN CONTEST!



ADAKAH ANDA INGIN TAHU SIAPA YANG MEMENANGI HADIAH DARI KONCO BLOGGY??

TAHNIAH KEPADA;

1) GOOD BOY DAN

ANDA DENGAN INI BETA HADIAHKAN ANDA TOPUP RM10!



p/s:kalu boleh bagi emel kat beta ye.. nak tnye no tepon..
p/ss: promot blog beta di blog pemenang.kehkeh.. =))

Tuesday, February 1, 2011

CONTEST KONCO BLOGGY RM10 TOPUP UTK 2 HARI PENGKOMEN TERBANYAK!



SAYA NAK WAT CONTEST 2 HARI JE!

SIAPA YANG DAPAT BAGI KOMEN TERBANYAK DALAM BLOG SAYA DALAM MASA 2 HARI ,

1 FEB HINGGA 2 FEB 11.59A.M,

SAYA AKAN BAGI HADIAH RM1O TOPUP.

SAMA ADA CELCOM, MAXIS OR DIGI.

TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA AKAN DAPAT HADIAH TERSEBUT.

2 HARI JE TAW!

BOLEH TGK KEPUTUSAN SEMASA DI SEBELAH KANAN BLOG(BAWAH SEKALI)

nak yg lama atau...

yang baru??? hehe


"RM10"


KERJA KOSONG! KELAKAR!



KREDIT TO

‘Senang & Menang with Puteri Katek!!’

PUTERI.SAYA DAH LETAK LINK

KENAPA SAYA LETAK ENTRY NI???

ADAKAH SAJE2 ??

ATAU ADA SIPUT DISEBALIK CENGKERANGNYE??

PUTERI KATEK ADA KONTES KALAU KORANG NK TAU LA..

DIE PUNYE HADIAH LUMAYAN WEY!!

OK.. WAHAI PUTERI KATEK..

INI RESIPI UTK KAMU... SAYA SANGAT SANGAT SANGAT SUKE ASAM PEDAS!!!



RESIPI UNTUK TUAN PUTERI YANG KATEK!




Bahan-bahan ( 1 kluarga leh makan )

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.