Saturday, August 4, 2012

OH YEKE! UFO MENDARAT DI MALAYSIA


UFO telah dirakam oleh 3 orang sahabat di Sunway Mentari ketika mereka sedang melepakkan diri di kedai makan. Terlihat lebih kurang 3 atau 4 UFO yang berlegar-legar disini. Kemungkinan Tahun Melawat Malaysia yang menjemput mereka untuk ke sini atau ada propaganda lain? =) .. Kita saksikan sendiri di video ini.


Info tentang UFO


UFO atau dikenali sebagai Unidentified Flying Object ( Benda Terbang yang tak dikenali) banyak kali diceritakan sebelum ini dari generasi terdahulu hingga sekarang. Mitos ini tidak dapat dikenal pasti kebenarannya. Ada yang mengatakan UFO ini adalah daripada galaksi atau planet lain yang datang ke bumi. Ramai yang mengandaikan bentuk UFO seperti bujur dan terbang secara sisi dan terbang dengan kelajuan yang tinggi. Hal ini juga tidak dapat dikenalpasti kesashihannya. 


Antara bentuk UFO



 

walau apa pon cerita disebalik Rahsia UFO ini, saya berharap agar Rahsia UFO ini bakal terungkai satu masa nanti oleh saintis Malaysia. 

p/s: setiap apa kejadian ada sebab dan musababnya. kita harus percaya yang nyata di depan mata dan bukan hanya cerita dibelakang.


Tuesday, July 31, 2012

RAHSIA KEJAYAAN TANPA MODAL



Kejayaan adalah perkara yang subjektif. Kejayaan boleh dicapai dengan MINDSET yang disetkan untuk berjaya. Gambar diatas merupakan salah satu cara untuk kita analisi semula apa yang perlu kita fikirkan dan lakukan. Mungkin dengan gambar diatas dapat memberikan kita kesedaran bagaimana caranya untuk kita berjaya dalam dunia ini. Pastikan kejayaan anda adalah sentiasa berterusan dengan syarat bukan sahaja memerlukan MINDSET sahaja, malah MINDSET+GOOD PLANNING+BLUE PRINT.

MINDSET
Kita harus mempunyai mindset atau pemikiran yang positif. Pendapat saya pemikiran ini adalah sangat penting bagi memulakan kerjaya dan perancangan yang ingin dilaksanakan. Jika mindset kita lemah, segala apa pekerjaan adalah tidak menjadi ataupon hasilnya tidak memuaskan. Seharusnya dan sememangnya kita perlu yakin atas potensi diri sendiri.

GOOD PLANNING
Good Planning ataupun Perancangan Yang Baik juga perlu. Hal ini bagi membolehkan segala hasil yang kita dapat adalah memuaskan hati kita dan mereka yang terbabit. Good Planning hasilnya Good Result.

GOOD PLANNIG = GOOD RESULT
BAD PLANNING = BAD RESULT

BLUE PRINT
Apa maksud BLUE PRINT? ia bermaksud TINDAKAN. Saya yakin semua dah ada MINDSET yang bagus, sudah ada GOOD PLANNING, tetapi kebanyakan antara kita adalah MALAS dalam melakukan TINDAKAN. Ini harus dipandang serius. Kita umpamakan seperti seorang perompak yang mahu mencuri di satu kedai. Mereka sudah ada MINDSET (MENGAMBIL APA YANG PERLU DICURI). Mereka sudah ada PLAN (masuk ke kedai). Cuba bayangkan kalau perompak tersebut tiada TINDAKAN @ BLUE PRINT? adakah dia mustahil untuk mendapat yang dia mahukan? mesti tidak bukan?

KESIMPULAN


MINDSET + GOOD PLANNING + BLUE PRINT = GOOD RESULT!