Sunday, June 23, 2013

Perfume Kereta Sempena JDT vs KELANTAN 2013!

Assalamualaikum.

Minggu hadapan merupakan hari bersejarah bagi rakyat JOHOR dan KELANTAN dimana mereka telah layak ke FINAL FA CUP 2013!!.

Banyak mengatakan yang ia susah untuk diramalkan. Sama ada KELANTAN atau JOHOR yang bakal memenangi piala tersebut. Banyak pemain handalan di turunkan, manakala saya pasti ramai penyokong sanggup turun ke stadium. PERSOALANNYA, siapa yang anda sokong? KELANTAN atau JOHOR?

====================================================================================================================
Maka dengan itu, Kami dengan ini memberikan peluang kepada anda untuk memilik PERFUME KERETA LIMITED EDITION! Perfume ini kami telah mendapat banyak tempahan dari kawan2 yang mahukan ia. HANYA RM23! saya ulang RM23!

Buka setakat BAU yang segar. TETAPI sejarah PERLAWAN akan kita kenang! dapatkan ia sekarang!

AMBIL SECARA PUKAL, DIALU-ALUKAN (minimum 10, harga confirm gempak!) SIAPA NAK PUKAL KOMEN "Saya Nak Pukal!"

p/s: stock terhad!




Saturday, May 11, 2013

Seru Rezeki datang PANTAS, TERBONGKAR!

Assalamualaikum warahmatullah..

jika saya tanya tentang REZEKI PANTAS? Apa pendapat rakan2?

1. Duit Pantas?
2. Duit banyak?
3. Duit Berlambak?



sebenarnya soal rezeki ini adalah rahsia Allah, tiada makhluk di dunia ini mampu menentukan rezeki siapa2.. saya berharap tiada siapa antara kita mengaku boleh menentukan rezeki kita selain Allah.. Rezeki merupakan  nikmat Allah yang tidak terhingga, yang dapat memberikan kita makanan atau minuman atau rezeki berbentuk wang ringgit yang membolehkan kita berupaya membeli perkara keperluan mahupun kehendak.

Persoalannya, adakah kita tahu bagaimana nak menaikkan prestasi rezeki untuk datang kepada kita? Rata-rata antara kita mahukan rezeki yang banyak datang dengan pantas bukan? maka saya akan bongkarkan sedikit sebanyak yang mungkin boleh diguna pakai =)


1. Solat Sunat Dhuha
 - ini banyak ditekankan dalam ilmu agama Islam. Rasulullah melaksanakan solat dhuha ini sebanyak 12 rakaat 6 salam setiap hari. Untuk pengetahuan semua, Solat Dhuha ini hanya 2 rakaat dan 1 salam. dilaksanakan setengah jam ke 45 minit selepas waktu syuruk. Solat dhuha ini tempohnya sehingga jam 11.00 pagi waktu semenanjung Malaysia (sebelum matahari tegak diatas kepala).

2. Sentiasa bersedekah
- Tangan yang diatas lebih mulia dari tangan di bawah. tambahan pula, bersedekah ini dapat menyuburkan rezeki kita, disamping dapat membantu mereka yang memerlukan.





3. Banyakkan amal ibadah yang ikhlas.
- Ikhlas itu hanya Allah yang tentukan. kita sebagai hambanya wajib kerjakan dengan bersungguh2. Makin kita dekat dengan Allah, Makin Allah dekat dengan kita, seumpama 1 langkah kita dekat dengan Allah, 10 langkah Allah datang kepada kita, bermaksud, Allah akan memakbulkan doa kita kerana kita bersungguh mengharapkan pertolongannya.

4. Kurangkan maksiat.
- maksiat yang dinyatakan adalah berkaitan dengan makssiat mata, tangan, kaki dan seluruh pancaindera. Syaitan sangat suka menggoda manusia dan kita pula termakan godaannya. Secara tidak langsung, Allah murka dan susah memakbulkan doa kita.

5. Sentiasa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal
- Jika ada visi dan misi yang cemerlang, kita harus sertakan dengan tindakan yang cepat dan betul, dan disertakan lagi dengan doa yang tidak putus2 kepada Allah.

kesimpulan, jika mahukan rezeki yang banyak dan pantas, amalkan setiap apa yang saya kongsi ini. saya berharap ia dapat diamalkan bersama. Ingat! jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Rahmat Allah sentiasa terbuka luas. Rezeki yang datang adakalanya merupakan UJIAN ALLAH. Jangan lupa bersyukur ye rakan2..

P/S: Ada satu buku yang lari terjual, tentang SERU REZEKI. Mungkin ia dapat membantu rakan2 untuk memantapkan lagi REZEKI TUAN-TUAN.. (klik animasi di bawah ini untuk review)


Friday, May 10, 2013

Cara Amatur Nak Dapatkan KEKASIH!



kalau dah suka kat seseorang apa yang perlu dibuat? duduk diam? mintak orang lain usyarkan? lantik posmen? atau syok sendiri? ini je ramalan yang aku dapat buat. kawan-kawanku dapat buat apa? ada cadangan?

alhamdulillah jika hati dah suka kat someone, cepat2 la ikat untuk menjadi pasangan yang sah.. bagi pendapat aku sebagai manusia yang mungkin ikut pengalaman dalam hidupnya.. jika kita dah minat pada someone, ikuti langkah2 atau cara - cara yang sesuai yang aku nytakan:..

pertama;mungkin di mulakan dengan gamblenya dekati insan tersebut dan berbual dengannya. mungkin cara ini sangat "berserah pada takdir", tapi bagi aku, cara ini mungkin boleh buktikan pada dia, yang kita ini "berani" atau "jujur" untuk mendekati dengan cara tersendiri. dekati dia dengan berkenalan, ambil tahu latar belakang dia, dan sebagainya.

kedua; mungkin boleh dekati dia dengan join aktiviti yang dia turut serta. atau ambil kelas yang sama dengan dia. mungkin dengan cara ni, boleh dekati dia dengan perlahan-lahan. cara ini boleh berkesan juga..

ketiga; ambil emel dia untuk tahu die punye FACEBOOK, atau TAGGED, atau YM atau MYSPACE.. KALAU nak ambil NO HP, sila ada sebab (mungkin nak antar buku yang kita pinjam dari dia, atau lain2) hal ini bagi membolehkan kita berkenalan dengan cara yang dia selesa.

keempat; jika ada no tepon dia, pastikan msg benda2 yang bagus,nasihat, atau yang baik2, elakkan dari telefon die selalu, mungkin merimaskan die..telefon kadang2... insyaallah..dapatlah lagi eratkan silaturrahim

kelima; berbaik dengan rakannya. elakkan ada konflik dengan rakan-rakan terdekatnya. mungkin kawannya itu boleh menolong kita dalam mendekatkan diri kepadanya. jika, ad konflik, cepat2 baiki situasi.

keenam; kalau dah berkenan sangat, dan dah ada kewangan dan pegangan agama yang kukuh, tak perlu tunggu lama-lama. kenapa perlu tunggu mewujudkan perhubungan yang sah?? pergi jumpa mak ayah dia, terus nyatakan tujuan. kan senang.. lagi gamble.. hehe..

walau apa pun, buatlah yang terbaik dalam kehidupan. perlu diketahui, sebenarnya, jodoh pertemuan kita, Allah telah tentukan. dalam al-quran pun ada nyatakan yang lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik. kita sama2 berdoa agar sentiasa mendapat jodoh yang sentiasa memahami kita. amin~~~

p/s: ada ke yang nak cuba? =))

p/s/s: SIAPA YANG NAK TAHU PERSONALITI BAKAL KEKASIH,

KLIK GAMBAR ANIMASI DIBAWAH




Thursday, May 2, 2013

Kerja & Kelulusan ( Kaitan ke dengan hidup kita)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita berjumpa lagi.. ehem..  Apa pendapat kamu tentang kerja dan kelulusan. Adakah ia saling berkaitan? Akhir2 ini kita dapat lihat tentang pengangguran yang berleluasa di negara Malaysia. Sebenarnya siapa yang perlu disalahkan apabila seorang mahasiswa yang berkelulusan tinggi tidak mempunya pekerjaan?

adakah


  • Keluarga?
  • Kerajaan?
  • Syarikat?
  • Diri sendiri?
perkara ini selalu bermain di fikiran kita, dan kita tidak tahu apa yang perlu kita buat apabila pengangguran berlaku.

Pada pendapat saya, kerjaya pasti perlukan orang yang berkelulusan, tidak kira lah tinggi mahupun lebih tinggi! Tetapi yang kita dapat lihat, ramai yang baru bekerja tidak selari dengan kelulusan masing2.. Ini banyak berlaku. sebagai contoh, ramai yang berkelulusan dalam bidang alam sekitar, jurutera mahupun saintis, tetapi kerja sebagai Cikgu atau Peniaga. 

Hal ini adalah kerana ketidakhadiran kerja yang selari dengan kelulusan mereka atau mereka tidak mahu berusaha mencari keja yang selari dengan mereka atau persekitaran membuatkan mereka ingin mencari kerja lain selain kelulusan mereka.

Pengangguran tidak perlu berlaku kerana kerja sangat berlambak di Malaysia, cuma kita mahu atau tidak... pastinya, yang berkelulusan tinggi tidak mahu pekerjaan yang gajinya bawah RM2000, (ini kita kaitakan dengan ego). Ego pastinya tidak perlu ada dalam diri jika kita mahu berjaya. Jika ego masih berleluasa untuk mendapat kerja yang gajinya tinggi, kita harus kurangkan dan tingkatkan doa dan usaha. insya Allah.. 

Akhir kata, saya dapat simpulkan disini, kita harus berfikiran KERJA = REZEKI / DUIT. Dimana ada kerja, disitu kita dapat duit. Jika kita berfikiran begitu, pastilah dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti saya, saya belajar sehingga peringkat ijazah, tetapi memilih sebagai Peniaga Karpet Malaysia di Malaysia ini. saya harap agar rakan2 yang diluar sana, jika tiada kerja, carilah kerja, atau binalah kerja anda sendiri. USAHA DOA = Kejayaan!


GAMBAR DIATAS ADALAH SALAH SATU SURAU YANGSAYA PASANG KARPET =) ^.^


Wednesday, May 1, 2013

AKU DAN DIA KINI BERSATU

assalamualaikum

sudah lama rasanya saya tak update blog. rasanya nak aktif kembali blog ni. sebab banyak nak berkongsi dengan rakan2 tentang diri ini. blog "Oh Yeke" ni memang TERKENAL dulu. sebab sibuk dengan kerja, maka terbengkalai la blog ni. bukan apa, sibuk nak dirikan masjid, so saya mencari la rezeki dimana ada. Sekarang Alhamdulillah, masjid dah berdiri teguh.. (^.^)y... Saya dan isteri sedang mengemaskini diri dengan mencari barang dapur, perabot, wireless dan lain2.. bukan senang rupanya bila da berumah tangga. Tetapi kesusahan untuk memikul tanggungjawab mendidik saya untuk lebih berusaha menjadi seorang suami yang mithali.

Majlis perkahwinan saya adalah pada 19&20 april 2013 di pahang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya. dan di tempat saya iaitu di johor adalah pada 8 Jun 2013. so, rakan2 yang tetiba terbaca di blog ni diharap dapat datang ke tempat saya..ANDA DIJEMPUT TAW!.. So, akhir kata, doakan rumah tangga ini bahagia selamanya. AMIN..... =)