Tuesday, November 23, 2010

ADAKAH PERJUANGAN ANDA BERBALOI??


perjuangan kita ada dimana2... perjuangan kita harus disertai dengan usaha yg mencukupi iaitu dari segi lahiriah mahupun secara batiniah. sebelum berjuang, harus diasah segala senjata. biar tajam senjata tu. maka tidak risaulah kita untuk berjaya dalam perjuangan tersebut.

perjuangan tanpa senjata umpama perjuangan yang menyuruh kita berputus asa begitu sahaja.. ia tidak dinamakan perjuangan jika kita berputus asa pada awal perjalanan..biarlah kita berjuangan sehingga ketitisan darah terakhir.


perjuangan mempunyai banyak erti.. sama ada berjuang melawan musuh mahupun berjuang melawan hawa nafsu. ia dinamakan sebagai jihad, dan jihad yg paling besaar adalah jihad melawan hawa nafsu. jihad ini memerlukan mentaliti yang tinggi. hal ini kerana jihad ini adalah melawan kehendak diri sendiri yang ingin melakukan sesuatu yang mungkin mendapat kemurkaan Allah..

bagi saya. kita perlu berjuang walau di mana kita berada.. tp perlu ingat. perjuangan tak selesai jika matlamat perjuangan tak dicapai lagi dan pastikan perjuangan anda berbaloi dengan usaha anda. sekian





Friday, November 19, 2010

ADAKAH UMUR BOLEH MEMATANGKAN KITA?




Umur merupakan satu angka bagi mengukur ke"tuaan" seseorang disamping menunjukkan kematangan seseorang..persoalannya adakah umur dapat mematangkan kita? bagi pndapat saya, yang boleh mematangkan kita adlah pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan. pengalaman la yang menjadi guru kpada kehidupan.. tanpa pengalaman kita sukar untuk menjadi matang.. dari hal menggunakan duit sehingga ke pengurusan keluarga,kita perluy mempunyai pengalaman yg byk bagi membuatkan kita lebih arif tentang selok belok kehidupan.. jika kita tiada pengalaman ditambah pula dengan pendidikan, kita terdedah dengan masalah penipuan yang berleluasa. oleh itu kawan-kawan, penuhkan dirimu dengan pelbagai pengalaman. jika dalam kehidupan kamu mengahadapi kegagalan, kamu harus sedar yang kegagalan itu mengajar kamu untuk lebih berhati pada masa hadapan sebagai contoh gagal dalam bercinta, gagal dalam perniagaan dan sebagainya..lebih bnyk kali gagal, lebih banyak kita boleh mendapat ilmu hasil dari pengalaman kegagalan..

akhir kata.. hargai penglaman yang ada dan enjoy pengalaman anda. dari saya "sang pengilham"..







Thursday, November 18, 2010

BUAT DUIT DENGAN JAM???

salam semua! hye! saya disini amatlah terharu kerana BANNER ku telah dipasang di header "AKU X-PO" yg telah dipasang oleh JUDIN BO..beliau adalah blogger yang hebat! dan sentiasa mempunyai komen yang banyak di setiap post blog beliau..

tq JUDIN BO!

berbalik kepada tajuk asal..

BAGAIMANA KITE BOLEH MEMBUAT DUIT DENGAN JAM..

adakah anda di luar sana tahu bagaimana??

disini saya akan huraikan bagaimana JAM boleh membuatkan kita duit yang berkepok2 dalam poket;

  1. Menjual Jam; ini adalah salah satu cara untuk membuat duit melalui jam.. x kira jika korang nak jual jam tangan atau jam loceng mahupun jam dinding. korang mungkin boleh berusaha untuk mencari supplier jam terbesar contohnya di China dan import jam dari mereka lalu menjualnya kepada customer di Malaysia. kalau kita tengok keadaan sekeliling.. ramai penjual menjual jam tangan terutamanya di Chow Kit, Up Town, Jalan Pudu dan sebagainya.. kalau x masyuk masakan mereka sanggup menjual jam sampai ke pagi.. betol x?
  2. Menjaja nama jam (contoh yang selalu kita lihat; MENDAPAT RM20 RIBU DALAM MASA 30 MINIT) ; ini merupakan salah satu cara untuk kita dapat duit melalui penjajaan masa jam.. perkara ini kita boleh laksanakan dengan melakukan pelbagai perkara dalam 30 minit untuk mendapatkan RM20 ribu.. seperti bermain nuffnang ke.. bermain affiliate ke.. pemasaran e-mail dan sebagainya. hal ini bermaksud, kita kena pandai manipulasi jam sebagai sumber pendapatan kita.
  3. MEMBAIKI JAM; banyak antara kita tahu membetolkan jam sendiri. apalah kiranya kita mewujudkan kedai repair jam tangan.. kan itu boleh membuatkan sedikit income buat kita.. pasni orang akan kenal kita ABU SI MEKANIK JAM.. haha.. takpe.. asalkan kerja halal dan x menyusahkan orang.
akhir kata. sebenarnya banyk ag yang kita boleh manipulasi jam sebagai sumber pendpatan kita. oleh, itu kita bersama-samalah memanfaatkan jam..

motivasi hari ini:
"masa itu adalah seperti emas nilainya"







Tuesday, November 16, 2010

saya sayang awak..


saya sangat sayang awak..

awak lah permata hati saya..

buah jantung saya..

tanpa awak, saya tak bisa hidup, tak berupaya saya untuk melakukan segalanya tanpa awak..

awak..

saya harap awak selalu ada disisi saya..

saya harap awaklah yang boleh menyelamatkan saya di waktu kesusahan..

saya berharap awak akan sentiasa bersama dgn saya selamanya..

I LOVE YOU!





..DUIT KU!..

motivasi hari ini:

"percaya pada diri, itu bisa buatkan kamu berjaya!"







twitter oh twitter,,


salam.. kepada anda semua di luar sane, siapa main facebook??? dan siapa main twitter??

antara dua benda ni mana yang korang lebih prefer main??

facebook atau twitter??

saya menggunakan ke 2 2 aplikasi sosial network ini. dan saya pikir ke 2 2 aplikasi ini adalah mempunyai kepentingan tersendiri.. walau di twitter x semenarik facebook tapi aplikasi twitter lebih kepada urusan2 yang berkaitan dengan perniagaan, yang mungkin urusan2 profesional.

bagi saya... bosan gak la main twitter.. mungkin blom dapat feel lagi.. haha.. encik twitter.. tolong la ajar aku bagaimana nak gunakan twitter ini.. huhu







BENDA FREE BOLEH BUAT DUIT --> ayat yang paling aku benci..

KORANG PERCAYA X PADA BENDA FREE TP DAPAT DUIT?

AKU DIPAHAMKAN PROGRAM INI MENJANA PENDAPATAN WALAU KITE DAFTAR FREE..

setiap kali LOGIN dapat RM0.50!

DAFTAR KAT SINI K..

Monday, November 15, 2010

RAYA.. RAYA.. RAYA..

kalau dah tibe hari raya, apa korang buat? korang pasang pelita kan? korang siap2 duit raya kan??

tp tu raya aidilfitri..

kalau raya aidiladha? korang buat apa?

sembelih lembu...sembelih kibas.. sembelih unta.. pastu? korang ada dapat duit raya? korang ada pasang pelita? hehe

persoalannye? kenapa berbeda antara hari raya ini? adakah kerana budaya yang membedakannya? atau mmg begini sambutan setiap hari raya? aidilfitri lain and aidiladha lain?

bagi pendapat saya, kita sebagai umat islam dan rakyat satu Malaysia perlu menyambut kedua2 hari raya ini dengan penuh meriah! seperti aidilfitri. ada main meriam besi.. meriam buluh..hehehe

yang paling beda adalah apabila pengumuman hari raya diumumkan ..

hari raya aidilfitri; pengumuman 2 hari seblum raya

aidiladha; 2 minggu sebelum tu... hehe

walaubagaimanapun, kite hendaklah menyambut hari raya ini dengan meriah ye.. tak kire korang orang johor ke, kelantan ke.. hahha..

akhir kata.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN...

motivasi hari ini

"siapakah anda pda masa hadapan adalah bagaimana anda pada masa sekarang"





Sunday, November 14, 2010

yoys.net Domain Giveaway

haha.. aku sungguh berasa bangga kerana dijemput untuk membuat entry ini.. saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara HENSEM kite.. SAUDARA YOYS.NET..

saya berpendapat bahawa saudara yoys.net amatlah BAIK HATI kerana beliau mungkin memberikan saya domain yang dijanjikan dalam masa 3 MINGGU LAGI.. terima kasih saudara yoys.net!

mungkin kerana perwatakan saudara yoys ini yang sangat BERMURAH HATI menyebabkan saya tertarik melihat blognye..

akhir kata kepada saudara yoys.net.. buatlah yang terbaik dalam kehidupan. dan pastikan anda adalah orang yang paling BERTUAH di dunia ini..

sekian

motivasi hari ini

"rezeki yang datang adalah anugerah Allah, manfaatkan ia dengan baik agar Allah berikan kita rezeki lagi"

domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network




Saturday, November 13, 2010

INSPIRA DEPAN MATA (LOKASI -YONG PENG)





wow! kereta buatan Malaysia sebijik MITSUBISHI LANCER!

itulah kata2 saya bile saya melihat depan mata saya sendiri PROTON INSPIRA! bayangkan MALAYSIA mengeluarkan kereta proton ber engine kan LANCER! dan harga sangat BERPATUTAN! wow!

inspira ada dua cc. 1.8 dan 2.0

1.8 --> manual & auto

2.0 --> auto je..

memang gempak beb.. saya try masuk dan cube untuk memandu.. harganya lebih kurang rm80,000 ringgit!! (lebih ke, kurang?? ) maksudnye paling minimum untuk membayar setiap bulan adalah rm800 DALAM MASA 9 TAHUN (sy ada simpan katalog dan senarai harga)..

ckp byk x gune, ni gmbar..























































sekian.. sang pengilham,,,

MANA ADA BENDA FREE KAT DUNIA.. HEHE





KPLI- MTEST

saya mohd yazid bin salikan a.k.a sang pengilham baru sahaja menduduki peperiksaan TERBESAR di MALAYSIA iaitu mTEST KPLI... tarikh 13 Nov 2010 merupakan tarikh keramat bagi semua warganegara Malaysia yang memohon untukmenjadi cikgu dibawah plan KPLI.. saya juga tidak ketinggalan..

soalan ada terbahagi 5 bahagian
1. insak
2. english
3. analitik
4. matematik
5. verbal

dalam masa 150 minit anda dikehendaki menjawab lebih kurang 200 soalan.. har har

sebelum nak amek exam ni, sempatlah mintak kawn doakan dan ada kawan saya ckp.

"zid, nak jawab soalan kpli senng je,.. ko mesti ada hati yang ikhlas untuk menjawab soalan itu..."

aku berkata "yeke?, kalau macam tu aku kene ikhlas la menjawabnye"

pandangan sang pengilham;

"saya rasakan bahawa soalan2 tersebut amatlah mudah untuk menipu saya. kerana ia memberikan saya kekeliruan yang teramat sangat sehinggakan saya ketawa seorang diri apabila membaca soalan tersebut (lebih2 lagi soalan analitik). haha.. amat seronok bila menjawab, dan saya tidak dapat menghabiskan jawapan pada bahagian Matematik dan saya terpaksa mengeluarkan SNIPER RIFLE saya untuk menembak mana2 jawapan dengan tepat. Alhamdulillah, segala apa yang saya study dari laman web yang berkenaan berjaya membantu saya untuk menjadi CALON GURU KPLI, (skrg tunggu result bulan disember 2010 untuk temuduga)"

pandangan kawan-kawan:

"kacang je"
"macam goreng pisang"
"aku dah keluarkan m16 tadi"
"soalan math aku baca je dan x mengira pon"

dan macam-macam lagi.

sang pengilham mendoakan agar rakan2 seperjuangan KPLI 2010 mendapat tempat temuduga.. all the best !!

motivasi:

"andai kesusahan melanda, anggaplah ia penawar bagi dosa"




Tuesday, November 9, 2010

apakah maksud berjaya dari perspektif pemahaman anda..

"BERJAYA" satu ungkapan yang semua makhluk suka.. suka untuk berjaya. berjaya adalah amat penting dalam aspek kehidupan dimana berjaya memberikan kehidupan yang selesa dan tenang,,.


BERJAYA diukur dari segi jasmani dan rohani.. jasmani mesti cemerlang disertai dengan rohani jika hanya jasmani yang berjaya, rohani tidak, maka berjaya tersebut tidak boleh dinamakan berjaya yang sejati..


BERJAYA dari segi rohani, bermaksud, memenuhkan diri dgn amalan yang baik.. yang boleh memberikan semangat yang mendalam dalam diri.. jika hanya berjaya diluaran sahaja, ia tidak seindah yang kita harapkan kerana ia tak dsertai dengan jiwa.

biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendri kerana kata orang, kesakitan yang terasa semasa usaha untuk berjaya akan lebih bermakna setelah kita berjaya kelak.

bagi saya, kejayaan adalah datang dari diri sendiri disertai dengan pertolongan Allah. oleh itu, jangan lupa bersyukur setelah berjaya kelak.

salam..

sang pengilham

Sunday, November 7, 2010

APA YANG PALING PENTING DALAM BERCINTA?


salam alaikum dan salam sejatera semua! apakah perkara yang penting dalam memulakan perubungan lebih-lebih lagi dalam perhubungan percintaan? adakah kita hanya redha sahaja apa yang berlaku sebelum merancang? mari kita bincangkan.

dalam setiap perhubungan hendaklah dimulakan dengan membuat fikiran kita sentiasa mengarapkan yang positif dalam perhubungan. mindset awal sangat penting dalam mewujudkan hubungan yang sentiasa aman. mindset yang positif akan melahirkan suasana yang positif.

kedua, sentiasa bersedia dengan hari mendatang sama ada baik atau sebaliknya. setiap misunderstanding mesti diatasi dengan bermesyuarat dan tidak bergaduh. hal ini kadang-kadang boleh menjurus ke arah yang tidak sihat seperti berpisah, bunuh dan sebagainya. seharusnya, masing-masing perlu bertolak ansur. kita mahu kedamaian awal dan akhir, sebelum dan selepas.


ketiga, sentiasa mengharap pada Allah agar sentiasa memberikan perkara yang baik dan dijauhkan perara yang buruk. dijauhkan zina dan disematkan rasa bertanggungjawab dan saling memerlukan antara pasangan. dijadikan manusia dan makhluk dimuka bumi itu adalah berpasangan..dan jangan dekati zina. dijauhkan dari melahirkan anak luar nikah dan perkara-perkara sepatutnya.

keempat, perempuan jangan terlalu emo dan lelaki jangan terlalu ego. walau kita punya emo dan ego, kita mesti kawal ia agar tidak keterlaluan. hal ini dapat menjaga hati kedua belah pihak. setiap perhubungan yang boleh mengawal ego dan emo masing-masing, melahirkan perhubungan yang cemerlang.

kelima, setkan sikap redha pada setiap ketentuan setelah berusaha dalam memelihara perhubungan. mungkin akan berlaku perpisahan pada akhir cerita, atau ada yang meninggal atau lain2. redha pada setiap ketentuan ilahi dapat menghindarkan kita dari bersedih dan kecewa yang teramat.

sekian

ikhlas SANG PENGILHAM








mencari yang pasti

setiap hari berfikir.. setiap hari termenung.. apakah yang ingin dicari,, dan apa yang ingin dipegang... hmmm.. pening....

tapi satu je yang kene buat..

sabar..

kata orang sabar itu membawa kepada kebaikan.. betol ke?

haha... aku hanya mampu bersabar.. sabar je la.. aku tahu sabar itu membuatkan kite selalu tenang dalam kehidupan.. kalau x sabar.. boleh mendatangkan kemudaratan..

bile sabar hati akan tenang, bile tenang, minda boleh berfikiran rasional, bile rasional, maka keptusan yang di buat akan memuaskan hati.. akhirnya, kebaikan yang pasti akan dapat..

UNTUK MENCARI YANG PASTI, perlukan SABAR yang cukup banyak dan tinggi menggunung.. cari lah ia dengan berfikiran yang rasional agar kita tidak dilabelkan sebagai insan yang sentiasa "desperate".. SABAR + USAHA + TAWAKKAL..

mencari yang pasti disini membawa maksud apa yang akan aku capai pada masa hadapan.. pada masa usia ku 30 tahun, 40 tahun.. pastikan perkara yang pasti itu akan membahagiakan kita sampai bile2.. agar tidak menyesal di kemudian hari..

aku berharap segala apa yang aku post kali ini membuatkan hari aku lebih bermakna setiap hari..

so, itu sahaja post kali ini.. sekian..