Sunday, December 12, 2010

CLIMATE CHANGE KLCC

SEINGAT AKU NI ADALAH EVENT UNTUK MENYELAMATKAN DUNIA DARIPADA KEPANASAN..

MASA NI TAHUN 2009. TETIBE ADA AKU YG SEDANG MENARI.

*memakai baju hitam dan ada brochure di koceknye..

hehe






siapa la yg tangkap ni.. hahahah...

ap ap pon ni adalah event utk menyatakan menentang climate change..

best2 masuk youtube tibe2.. haha







HOTTEST MALAYSIA-FEMALE ARTIST!

adakah anda setuju dengan kenyataan blog ini dimana saya senaraikan antara artis perempuan Malaysia yang paling TOP!

1. LISA SURIHANI

  • dengan kejelitaan dan kecomelannya serta keunikan bunyi R menyebabkan die sangat mengujakan! dalam page nye peminatnya adalah lebih sejuta! wow!

2. TIZ ZAKYAH

  • paras rupa yang innocent dan meletup akibat daripada DRAMA BERSIRI NURKASIH, menyebabkan die dilabelkan sebagai artis yang sangat baik dan sangat jelita ketika memakai tudung!
3. FASHA SANDA

  • merupakan artis yang berani menunjukkan segalanya (apakah ayat ini kontrovesi). dan sangat suka lakonanya yang penuh beremosi
4. JULIANA EVANS

  • mata yang cantik dan artis comel. pernah berlakond alam filem KAMI
5. NORA DANISH

  • artis hot yang muncul dalam drama bersiri PUTERI. tangkap leleh.. sangat cute!
6. HELIZA HELMI

  • yang ni xleh nak ckap ap.. mmg sgt sweet dan sangat manis. bintang AF5 ini dah ada company sendiri. sangat BULAT matanya.. alahai cantuknye nenek ni..

byk ag taw, tapi ak hanya bagi sket je. xnak byk2.. nnti dapat dosa. haha. kalu korang ada pilihan, korang nak pilih sape sbg bini korang? kalau aku.... RAHSIA! haha

Thursday, December 9, 2010

TUTORIAL PING BLOG di GENGBLOGGER.COM

hye! saya nak mengajar kepada semua! bagaimana kita nak popularkan blog kita dengan cara "ping blog" di GENGBLOGGER.COM

TAPI SEBELUM TU.. ADAKAH ANDA TELAH MELAWATI GENGBLOGGER.COM?


LANGKAH 1

lawati www.gengblogger.com

LANGKAH 2

daftar di tempat yang disediakan. jika belum, pastikan daftar di www.facebook.com




















LANGKAH 3

setelah daftar di gengblogger.com , pergi ke "setting".




















LANGKAH 4

masukkan url anda contoh http://www.blogz-anda.blogspot.com



















LANGKAH 5

pergi ke "rumah"



















LANGKAH 6

disebelah kiri web gengblogger terMUNCUL tentang entry blog terbaru anda, pilih kategori.


















LANGKAH 6

anda telah berjaya ping blog anda!!
sila lihat di DEPAN gengblogger.com, telah terbitnya blog anda!











Wednesday, December 8, 2010

oh yeke! facebook.. wadah mencari kawan yang menjadi trend..

adakah anda seorang yang bermain facebook? dan adakah anda tahu berapa statistik pengguna facebook seluruh dunia dan di Malaysia? biar saya tunjukkan..

ini adalah statistik pengguna fb seluruh dunia.. saya mendapat tahu dari owner facebook sendiri. memang menjadi trend la facebook ni seluruh dunia.. manakan tidak malaysia sahaja dah menyumbangkan kira2 10 juta pengguna facebook.. hal ini bermaksud.. sgt ramai orang menggunakan masa mereka untuk melihat fb walau diamana mereka berada,, asalkan ada broadband or wifi di kedai mamak, setiap orang pasti x kan lepaskan peluang untuk melihat facebook.. wow!


ini menjadi satu peluang kepada para peniaga or artis or mereka yang ingin menjadi popular mempamerkan segala bentuk perniagaan or aktiviti mereka masing2 dan mereka berharap besar akan menjadi lebih dikenali dalam facebook. ada yang berbentuk kebaikan dan tidak ketinggalan seperti menjaja tubuh. mereka(mak yah or pelacur) pon menggunakan medium fb untuk mencari pelnggan yang memerlukan khidmat dosa mereka.

bagi pendapat saya, setiap peluang perlu digunakan dengan sebaiknya. tidak salah menjadi popular, asalkan maruah dijaga. walaubagamanapun, masing2 perlu tahu yang fb bukan segalanya DAN saya sarankan agar semua pengguna fb di MALAYSIA agar tidak terlalu leka dengan FB..

nasihat saya.. SETIAP PERBUATAN HENDAKLAH BERPADA2 DAN TIDAK KETERLALUAN..
SEMOGA SETIAP AKIBAT ATAU KEPUTUSAN DI AKHIR EPISOD TIDAK MENYEDIHKAN,.

sekian

sang pengilham oh yeke!






Tuesday, December 7, 2010

nick vujicic malaysia --mohd sukur ibrahim-- seorang pemotivasi diri

salam sejahtera.. saya sang pengilham sentiasa mensokong kawan saya MOHD SUKUR IBRAHIM agar sentiasa berjaya dalam semua keadaan.. amin..








SUKUR IBRAHIM --MALAYSIA HARI INI-- 7 DEC 2010 --NICK VUJICIC VERSI MALAYSIA

sukur ibrahim -didataran tv3-

yazid salikan @ sang pengilham di dataran tv3..

sukur ibrahim di depan entrance

bersama fetri yahya

bersama shuhada

sukur bersama fetri yahya

sukur diapit wardina dan shuhada

HARI INI 7 DEC 2010 , SAYA MOHD YAZID SALIKAN A.KA. SANG PENGILHAM, TELAH MENGHANTAR KAWAN SAYA MOHD SUKUR IBRAHIM KE MALAYSIA HARI INI tv3 .. INI ADALAH GAMBAR YANG SEMPAT SAYA RAKAM..HEHE


adakah anda sudah bersyukur nikmat yang anda kecapi. alhamdulillah.. mohd sukur ibrahim adalah seorang insan istimewa yang berjaya dalam hidupnye..






Sunday, December 5, 2010

OH YEKE! BARANG NAIK LAGI!


alhamdulillah.. sekali lagi diberi nikmat utk bernafas di dunia ini. byk jua ujian dan dugaan dalam menghadapi kehidupan di dunia. bagi saya ia adalah salah satu cara Allah menyayangi kita iaitu dengan memberikan ujian. makin byk ujian makin byk sayangNya kepada kita.
sekali lagi kita diberikan ujian iaitu kenaikan harga minyak, gula di Malaysia. bagi pendapat saya, kenaikan ini mungkin akan membebankan rakyat Malaysia dari segi perbelanjaan. walau minyak naik hanya 5 sen, tetapi minyak merupakan salah satu keperluan yang ketara bagi rakyat Malaysia.. so, memang perlukan minyak yang banyak. tanpa minyak bagaimana nak menggerakkan kenderaan bermotor? nak pergi mana2 pon susah jika tanpa minyak. harga gula juga naik. RM 20sen. wow! kadang2 aku berfikir. kenapa harga minyak, gula, dan sebagainya naik? adakah sebb minyak dan gula dah nak abes atau isu politik? perkara itu masih aku fikirkan sehingga sekarang. yela.. barang naik 2 kali setahun aku rasa.. tapi gaji naik setahun sekali. adakah ia seimbang jika ditimbang di atas neraca? hehe..




jika dilihat pada kontranya.. iaitu dari sudut positif, kenaikan harga barangan keperluan di negara kita mengajar kita erti kehidupan dan mengajar kita cara berfikir utk mengatasi masalah yang dihadapi.
bagi pendapat saya, kenaikan harga minyak menyuruh kita utk menjadi lebih berinovasi mencari inisiatif menggantikan minyak utk menggerakkan kenderaan bermotor.. contohnya memakai air atau udara atau bahan buangan bagi mengerakkan kenderaan bermotor. bukan kah itu yg patut kita sebagai RAKYAT MALAYSIA untuk lebih berinovasi dan bukan mengeluh mahupun mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan..

selain itu, ia mengajar kita untuk lebih berusaha mencari rezeki dan tidak bergantung sepenuhnya dengan kerja makan gaji. semua suka duit kan? oleh itu carilah duit itu dimana mana.. insyaallah, jika rezeki itu ada, ada lah ia.. dan ingat.. ia perlu ada formula D.U.I.T.. DOA USAHA IKHTIAR DAN TAWAKKAL..

sekian..

sang pengilham








Tuesday, November 23, 2010

ADAKAH PERJUANGAN ANDA BERBALOI??


perjuangan kita ada dimana2... perjuangan kita harus disertai dengan usaha yg mencukupi iaitu dari segi lahiriah mahupun secara batiniah. sebelum berjuang, harus diasah segala senjata. biar tajam senjata tu. maka tidak risaulah kita untuk berjaya dalam perjuangan tersebut.

perjuangan tanpa senjata umpama perjuangan yang menyuruh kita berputus asa begitu sahaja.. ia tidak dinamakan perjuangan jika kita berputus asa pada awal perjalanan..biarlah kita berjuangan sehingga ketitisan darah terakhir.


perjuangan mempunyai banyak erti.. sama ada berjuang melawan musuh mahupun berjuang melawan hawa nafsu. ia dinamakan sebagai jihad, dan jihad yg paling besaar adalah jihad melawan hawa nafsu. jihad ini memerlukan mentaliti yang tinggi. hal ini kerana jihad ini adalah melawan kehendak diri sendiri yang ingin melakukan sesuatu yang mungkin mendapat kemurkaan Allah..

bagi saya. kita perlu berjuang walau di mana kita berada.. tp perlu ingat. perjuangan tak selesai jika matlamat perjuangan tak dicapai lagi dan pastikan perjuangan anda berbaloi dengan usaha anda. sekian





Friday, November 19, 2010

ADAKAH UMUR BOLEH MEMATANGKAN KITA?




Umur merupakan satu angka bagi mengukur ke"tuaan" seseorang disamping menunjukkan kematangan seseorang..persoalannya adakah umur dapat mematangkan kita? bagi pndapat saya, yang boleh mematangkan kita adlah pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan. pengalaman la yang menjadi guru kpada kehidupan.. tanpa pengalaman kita sukar untuk menjadi matang.. dari hal menggunakan duit sehingga ke pengurusan keluarga,kita perluy mempunyai pengalaman yg byk bagi membuatkan kita lebih arif tentang selok belok kehidupan.. jika kita tiada pengalaman ditambah pula dengan pendidikan, kita terdedah dengan masalah penipuan yang berleluasa. oleh itu kawan-kawan, penuhkan dirimu dengan pelbagai pengalaman. jika dalam kehidupan kamu mengahadapi kegagalan, kamu harus sedar yang kegagalan itu mengajar kamu untuk lebih berhati pada masa hadapan sebagai contoh gagal dalam bercinta, gagal dalam perniagaan dan sebagainya..lebih bnyk kali gagal, lebih banyak kita boleh mendapat ilmu hasil dari pengalaman kegagalan..

akhir kata.. hargai penglaman yang ada dan enjoy pengalaman anda. dari saya "sang pengilham"..







Thursday, November 18, 2010

BUAT DUIT DENGAN JAM???

salam semua! hye! saya disini amatlah terharu kerana BANNER ku telah dipasang di header "AKU X-PO" yg telah dipasang oleh JUDIN BO..beliau adalah blogger yang hebat! dan sentiasa mempunyai komen yang banyak di setiap post blog beliau..

tq JUDIN BO!

berbalik kepada tajuk asal..

BAGAIMANA KITE BOLEH MEMBUAT DUIT DENGAN JAM..

adakah anda di luar sana tahu bagaimana??

disini saya akan huraikan bagaimana JAM boleh membuatkan kita duit yang berkepok2 dalam poket;

  1. Menjual Jam; ini adalah salah satu cara untuk membuat duit melalui jam.. x kira jika korang nak jual jam tangan atau jam loceng mahupun jam dinding. korang mungkin boleh berusaha untuk mencari supplier jam terbesar contohnya di China dan import jam dari mereka lalu menjualnya kepada customer di Malaysia. kalau kita tengok keadaan sekeliling.. ramai penjual menjual jam tangan terutamanya di Chow Kit, Up Town, Jalan Pudu dan sebagainya.. kalau x masyuk masakan mereka sanggup menjual jam sampai ke pagi.. betol x?
  2. Menjaja nama jam (contoh yang selalu kita lihat; MENDAPAT RM20 RIBU DALAM MASA 30 MINIT) ; ini merupakan salah satu cara untuk kita dapat duit melalui penjajaan masa jam.. perkara ini kita boleh laksanakan dengan melakukan pelbagai perkara dalam 30 minit untuk mendapatkan RM20 ribu.. seperti bermain nuffnang ke.. bermain affiliate ke.. pemasaran e-mail dan sebagainya. hal ini bermaksud, kita kena pandai manipulasi jam sebagai sumber pendapatan kita.
  3. MEMBAIKI JAM; banyak antara kita tahu membetolkan jam sendiri. apalah kiranya kita mewujudkan kedai repair jam tangan.. kan itu boleh membuatkan sedikit income buat kita.. pasni orang akan kenal kita ABU SI MEKANIK JAM.. haha.. takpe.. asalkan kerja halal dan x menyusahkan orang.
akhir kata. sebenarnya banyk ag yang kita boleh manipulasi jam sebagai sumber pendpatan kita. oleh, itu kita bersama-samalah memanfaatkan jam..

motivasi hari ini:
"masa itu adalah seperti emas nilainya"







Tuesday, November 16, 2010

saya sayang awak..


saya sangat sayang awak..

awak lah permata hati saya..

buah jantung saya..

tanpa awak, saya tak bisa hidup, tak berupaya saya untuk melakukan segalanya tanpa awak..

awak..

saya harap awak selalu ada disisi saya..

saya harap awaklah yang boleh menyelamatkan saya di waktu kesusahan..

saya berharap awak akan sentiasa bersama dgn saya selamanya..

I LOVE YOU!





..DUIT KU!..

motivasi hari ini:

"percaya pada diri, itu bisa buatkan kamu berjaya!"







twitter oh twitter,,


salam.. kepada anda semua di luar sane, siapa main facebook??? dan siapa main twitter??

antara dua benda ni mana yang korang lebih prefer main??

facebook atau twitter??

saya menggunakan ke 2 2 aplikasi sosial network ini. dan saya pikir ke 2 2 aplikasi ini adalah mempunyai kepentingan tersendiri.. walau di twitter x semenarik facebook tapi aplikasi twitter lebih kepada urusan2 yang berkaitan dengan perniagaan, yang mungkin urusan2 profesional.

bagi saya... bosan gak la main twitter.. mungkin blom dapat feel lagi.. haha.. encik twitter.. tolong la ajar aku bagaimana nak gunakan twitter ini.. huhu







BENDA FREE BOLEH BUAT DUIT --> ayat yang paling aku benci..

KORANG PERCAYA X PADA BENDA FREE TP DAPAT DUIT?

AKU DIPAHAMKAN PROGRAM INI MENJANA PENDAPATAN WALAU KITE DAFTAR FREE..

setiap kali LOGIN dapat RM0.50!

DAFTAR KAT SINI K..

Monday, November 15, 2010

RAYA.. RAYA.. RAYA..

kalau dah tibe hari raya, apa korang buat? korang pasang pelita kan? korang siap2 duit raya kan??

tp tu raya aidilfitri..

kalau raya aidiladha? korang buat apa?

sembelih lembu...sembelih kibas.. sembelih unta.. pastu? korang ada dapat duit raya? korang ada pasang pelita? hehe

persoalannye? kenapa berbeda antara hari raya ini? adakah kerana budaya yang membedakannya? atau mmg begini sambutan setiap hari raya? aidilfitri lain and aidiladha lain?

bagi pendapat saya, kita sebagai umat islam dan rakyat satu Malaysia perlu menyambut kedua2 hari raya ini dengan penuh meriah! seperti aidilfitri. ada main meriam besi.. meriam buluh..hehehe

yang paling beda adalah apabila pengumuman hari raya diumumkan ..

hari raya aidilfitri; pengumuman 2 hari seblum raya

aidiladha; 2 minggu sebelum tu... hehe

walaubagaimanapun, kite hendaklah menyambut hari raya ini dengan meriah ye.. tak kire korang orang johor ke, kelantan ke.. hahha..

akhir kata.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN...

motivasi hari ini

"siapakah anda pda masa hadapan adalah bagaimana anda pada masa sekarang"





Sunday, November 14, 2010

yoys.net Domain Giveaway

haha.. aku sungguh berasa bangga kerana dijemput untuk membuat entry ini.. saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara HENSEM kite.. SAUDARA YOYS.NET..

saya berpendapat bahawa saudara yoys.net amatlah BAIK HATI kerana beliau mungkin memberikan saya domain yang dijanjikan dalam masa 3 MINGGU LAGI.. terima kasih saudara yoys.net!

mungkin kerana perwatakan saudara yoys ini yang sangat BERMURAH HATI menyebabkan saya tertarik melihat blognye..

akhir kata kepada saudara yoys.net.. buatlah yang terbaik dalam kehidupan. dan pastikan anda adalah orang yang paling BERTUAH di dunia ini..

sekian

motivasi hari ini

"rezeki yang datang adalah anugerah Allah, manfaatkan ia dengan baik agar Allah berikan kita rezeki lagi"

domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network




Saturday, November 13, 2010

INSPIRA DEPAN MATA (LOKASI -YONG PENG)





wow! kereta buatan Malaysia sebijik MITSUBISHI LANCER!

itulah kata2 saya bile saya melihat depan mata saya sendiri PROTON INSPIRA! bayangkan MALAYSIA mengeluarkan kereta proton ber engine kan LANCER! dan harga sangat BERPATUTAN! wow!

inspira ada dua cc. 1.8 dan 2.0

1.8 --> manual & auto

2.0 --> auto je..

memang gempak beb.. saya try masuk dan cube untuk memandu.. harganya lebih kurang rm80,000 ringgit!! (lebih ke, kurang?? ) maksudnye paling minimum untuk membayar setiap bulan adalah rm800 DALAM MASA 9 TAHUN (sy ada simpan katalog dan senarai harga)..

ckp byk x gune, ni gmbar..























































sekian.. sang pengilham,,,

MANA ADA BENDA FREE KAT DUNIA.. HEHE





KPLI- MTEST

saya mohd yazid bin salikan a.k.a sang pengilham baru sahaja menduduki peperiksaan TERBESAR di MALAYSIA iaitu mTEST KPLI... tarikh 13 Nov 2010 merupakan tarikh keramat bagi semua warganegara Malaysia yang memohon untukmenjadi cikgu dibawah plan KPLI.. saya juga tidak ketinggalan..

soalan ada terbahagi 5 bahagian
1. insak
2. english
3. analitik
4. matematik
5. verbal

dalam masa 150 minit anda dikehendaki menjawab lebih kurang 200 soalan.. har har

sebelum nak amek exam ni, sempatlah mintak kawn doakan dan ada kawan saya ckp.

"zid, nak jawab soalan kpli senng je,.. ko mesti ada hati yang ikhlas untuk menjawab soalan itu..."

aku berkata "yeke?, kalau macam tu aku kene ikhlas la menjawabnye"

pandangan sang pengilham;

"saya rasakan bahawa soalan2 tersebut amatlah mudah untuk menipu saya. kerana ia memberikan saya kekeliruan yang teramat sangat sehinggakan saya ketawa seorang diri apabila membaca soalan tersebut (lebih2 lagi soalan analitik). haha.. amat seronok bila menjawab, dan saya tidak dapat menghabiskan jawapan pada bahagian Matematik dan saya terpaksa mengeluarkan SNIPER RIFLE saya untuk menembak mana2 jawapan dengan tepat. Alhamdulillah, segala apa yang saya study dari laman web yang berkenaan berjaya membantu saya untuk menjadi CALON GURU KPLI, (skrg tunggu result bulan disember 2010 untuk temuduga)"

pandangan kawan-kawan:

"kacang je"
"macam goreng pisang"
"aku dah keluarkan m16 tadi"
"soalan math aku baca je dan x mengira pon"

dan macam-macam lagi.

sang pengilham mendoakan agar rakan2 seperjuangan KPLI 2010 mendapat tempat temuduga.. all the best !!

motivasi:

"andai kesusahan melanda, anggaplah ia penawar bagi dosa"




Tuesday, November 9, 2010

apakah maksud berjaya dari perspektif pemahaman anda..

"BERJAYA" satu ungkapan yang semua makhluk suka.. suka untuk berjaya. berjaya adalah amat penting dalam aspek kehidupan dimana berjaya memberikan kehidupan yang selesa dan tenang,,.


BERJAYA diukur dari segi jasmani dan rohani.. jasmani mesti cemerlang disertai dengan rohani jika hanya jasmani yang berjaya, rohani tidak, maka berjaya tersebut tidak boleh dinamakan berjaya yang sejati..


BERJAYA dari segi rohani, bermaksud, memenuhkan diri dgn amalan yang baik.. yang boleh memberikan semangat yang mendalam dalam diri.. jika hanya berjaya diluaran sahaja, ia tidak seindah yang kita harapkan kerana ia tak dsertai dengan jiwa.

biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendri kerana kata orang, kesakitan yang terasa semasa usaha untuk berjaya akan lebih bermakna setelah kita berjaya kelak.

bagi saya, kejayaan adalah datang dari diri sendiri disertai dengan pertolongan Allah. oleh itu, jangan lupa bersyukur setelah berjaya kelak.

salam..

sang pengilham

Sunday, November 7, 2010

APA YANG PALING PENTING DALAM BERCINTA?


salam alaikum dan salam sejatera semua! apakah perkara yang penting dalam memulakan perubungan lebih-lebih lagi dalam perhubungan percintaan? adakah kita hanya redha sahaja apa yang berlaku sebelum merancang? mari kita bincangkan.

dalam setiap perhubungan hendaklah dimulakan dengan membuat fikiran kita sentiasa mengarapkan yang positif dalam perhubungan. mindset awal sangat penting dalam mewujudkan hubungan yang sentiasa aman. mindset yang positif akan melahirkan suasana yang positif.

kedua, sentiasa bersedia dengan hari mendatang sama ada baik atau sebaliknya. setiap misunderstanding mesti diatasi dengan bermesyuarat dan tidak bergaduh. hal ini kadang-kadang boleh menjurus ke arah yang tidak sihat seperti berpisah, bunuh dan sebagainya. seharusnya, masing-masing perlu bertolak ansur. kita mahu kedamaian awal dan akhir, sebelum dan selepas.


ketiga, sentiasa mengharap pada Allah agar sentiasa memberikan perkara yang baik dan dijauhkan perara yang buruk. dijauhkan zina dan disematkan rasa bertanggungjawab dan saling memerlukan antara pasangan. dijadikan manusia dan makhluk dimuka bumi itu adalah berpasangan..dan jangan dekati zina. dijauhkan dari melahirkan anak luar nikah dan perkara-perkara sepatutnya.

keempat, perempuan jangan terlalu emo dan lelaki jangan terlalu ego. walau kita punya emo dan ego, kita mesti kawal ia agar tidak keterlaluan. hal ini dapat menjaga hati kedua belah pihak. setiap perhubungan yang boleh mengawal ego dan emo masing-masing, melahirkan perhubungan yang cemerlang.

kelima, setkan sikap redha pada setiap ketentuan setelah berusaha dalam memelihara perhubungan. mungkin akan berlaku perpisahan pada akhir cerita, atau ada yang meninggal atau lain2. redha pada setiap ketentuan ilahi dapat menghindarkan kita dari bersedih dan kecewa yang teramat.

sekian

ikhlas SANG PENGILHAM








mencari yang pasti

setiap hari berfikir.. setiap hari termenung.. apakah yang ingin dicari,, dan apa yang ingin dipegang... hmmm.. pening....

tapi satu je yang kene buat..

sabar..

kata orang sabar itu membawa kepada kebaikan.. betol ke?

haha... aku hanya mampu bersabar.. sabar je la.. aku tahu sabar itu membuatkan kite selalu tenang dalam kehidupan.. kalau x sabar.. boleh mendatangkan kemudaratan..

bile sabar hati akan tenang, bile tenang, minda boleh berfikiran rasional, bile rasional, maka keptusan yang di buat akan memuaskan hati.. akhirnya, kebaikan yang pasti akan dapat..

UNTUK MENCARI YANG PASTI, perlukan SABAR yang cukup banyak dan tinggi menggunung.. cari lah ia dengan berfikiran yang rasional agar kita tidak dilabelkan sebagai insan yang sentiasa "desperate".. SABAR + USAHA + TAWAKKAL..

mencari yang pasti disini membawa maksud apa yang akan aku capai pada masa hadapan.. pada masa usia ku 30 tahun, 40 tahun.. pastikan perkara yang pasti itu akan membahagiakan kita sampai bile2.. agar tidak menyesal di kemudian hari..

aku berharap segala apa yang aku post kali ini membuatkan hari aku lebih bermakna setiap hari..

so, itu sahaja post kali ini.. sekian..




Thursday, October 14, 2010

KEMALANGAN BAS DI PEDAS 10.10.2010 (TARIKH KERAMAT)

10-10-2010 merupakan tarikh yang sangat keramat dan sangat bersejarah dalam negara malaysia.. kerana disitulah ada kenangan yang sangat manis dan ada yang sangat pahit. yang sangat manisnya adalah ramai yang mendirikan rumah tangga pada tarikh itu. dimana 2 tempat pastinya mereka melaksanakan akad nikah yang sangat meriah dengan adanya tarikh keramat itu.

disebalik kesukaan terselit kedukaan dimana ada di antara kita yang teramat sedih menerima khabar berita kematian saudara atau ahli keluarga yang terlibat dengan kemalngan yang berlaku di lebuhraya utara selatan di Lebuhraya Plus yangberhampiran Susur Simpang Empat , Alor Gajah.seramai 12 orang yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. kemalangan itu berlaku antara 2 bas dan beberapa buah kereta dimana ia bermula dengan bas yang datang dari arah bertentangan (bas delima) melanggar divider dan akibatnya ia terbalik lalu menghalang kenderaan dari arah bertentangan. justeru kereta dan bas dari arah yang betol yang dipandu laju terempuh bas delima tersebut.

tidak samapai hati saya ingin menunjukkan gambar dalam blog ini.. kerana ianya sangt trajis dan membuatkan saya terasa insaf. ia nya membuatkan saya terpikir yang hidup ini hanya sementara dan sangat singkat masanya. oleh itu, marilah kita bersama2 menghargai masa hidup kita ini dengan memnuhkan ia dengan amalan2 wajib dan sunnah.. semoga roh yang terlibat dalam kemalangan tersebut di rahmati Allah.. al-fatihah

Saturday, July 10, 2010

syirik, perkara yang perlu dielakkan

salam sejahtera, salam satu perjuangan..

hari ini banyak kali dikhabarkan dengan banyak berlaku isu syirik iaitu yang terpesong dengan akidah islam.. hal ini hendaklah dipandang serius dan perlu di ambil berat oleh semua umat.. isu syirik banyak dilakukan oleh mereka sama ada dengan sengaja atau tidak.. hal hal seperti mempercayai bomoh yang lebih berkuasa dari Allah, mempercayai pada tilikan nasib adalah salah satu sifat syirik.. perkara ini seharusnya tidak ada yang mengamalkannya.. sungguhpun sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan antara kita masih mempercayai perkara2 sebegini.. adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran membanteras sama ada melalui FB, BLOG dan lain lain.. seharusnya kita perlu memperbanyakkan amalan sunnah yang disuruh oleh Allah supaya kita sentiasa terpelihara dari perkara2 yang boleh memesongkan akidah kita..

Wednesday, June 16, 2010

Personaliti berdasarkan GIGI

JARANG DAN KECIL
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pula. Tapi gigi asli tau!!

Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

BESAR DAN JARANG
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki.

Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

JONGANG DAN KECIL
Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

JONGANG DAN BESAR
Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

TIDAK TERSUSUN
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'.

Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

SEOLAH MASUK KE DALAM
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

KECIL DAN TERSUSUN
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!


***gigi empunya blog merupakan dikategorikan dalam sederhana dan rata..so, paham2 la, peribadi empunya blog ini.. hihi

kredit to isuberitahangat.blogspot

Thursday, June 10, 2010

rahsia perniagaan tanpa modal..






affiliate?

anda tahu mengenainya?

merupakan program pengiklanan yang TIDAK memerlukan MODAL.. DAN anda hanya perlu mempromosikan dengan cara yang betol sehingga ada pelanggan yang membeli produk dari pengiklanan anda.. tidak susah kan? hanya perlu promosi dan ada pelanggan yang membelinya.. anda akan menerima komisyen sehingga 70% dari harga produk tersebut..

saya disini memberikan panduan kepada anda bagaimana memulakan perniagaan AFFILIATE ini tanpa modal.. secara ringkasnya....:-

1.daftarkan diri anda di http://www.clikbank.com/ cari "sign up"

2. dan cari product yang anda ingin iklankan di "market place"

3. di laman web tersebut anda boleh mempelajari cara mempromosi product yang ingin anda promosikan...


4. jika anda lebih cepat berjaya mmnguruskan projek affiliate ini, anda boleh pergi ke LINK ini..

Thursday, June 3, 2010

nak berjaya perlu ada kelulusan sijil @ ijazah?

salam semua! update blog kali ini adalah berkenaan tajuk di atas.. pada pendapat anda, adakah kite perlu mempunyai ijazah dan sijil2 yang berkaitan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan?

hal ini bergantung pada pendapat seseorang.. bagi saya.. nak berjaya dalam hidup kalau xda ijazah pon boleh berjaya.. tapi, kita kan diwajibkan menuntut ilmu.. tuntutlah ilmu selagi ada peluang.. mungkin sijil or ijazah yang kita dapat menjadikan keturunan kita pada masa akan datang mencontohi kita yang mempunyai ilmu yang tinggi..

bagi sesetengah pihak mempunyai pemikiran yang sangat rendah mengatakan bahawa " alamak, habislah aku.. aku nak kerja ap? dah la xda kelulusan ijaazah, confirm gaji sikit.."

hal ini perlu dielakkan kerana pemikiran sebegini boleh menggagalkan kehidupan seseorang.. kita perlu mempunyai semangat yang kuat dan menggunakan akal pemikiran untuk memikirkan kejayaan.. byk idea untuk berjaya.. terpulang pada kita nak tak nak je..

kepada pemegang ijazah or diploma or master, gunakan sijil sebaiknya, jadikan diri anda lebih berkualiti dan tertonjol dikalangan masyarakat. hendaklah berbakti kepada masyarakat dengan sijil yang telah anda miliki.. gunakan kepandaian itu untuk membela nasib masyarakat bagi menyokong seruan kerjaan dalam RMK-10.. sekian

update blog
www.my-otakotak.blogspot.com
www.galerigadismelayu.blogspot.com

Thursday, May 20, 2010

Ayat-Ayat Mengurat

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

Tuesday, May 18, 2010

idea perniagaan



setelah sekian lama menelaah tentang perniagaan.. byk sngt perniagaan yang ingin dibuat.. nak buat itu lah..inilah.. akhir sekali x wat pape.. itu adalah langkah yang silap.. sebenarnya.,. perniagaan merupakan perkara yang perlu dipandang serius dan perlu bertindak dengan segera..

buat masa ini aku menjalankan perniagaan yang seriius dalam perniagaan SUPPLY & BAKAR OTAK2 serta MENJUAL TUDUNG..

alhamdulillah,sikit demi sikit, ada hasil yang mungkin kita boleh same2 bersyukur kepada ALLAH..

Perniagaan OTAK2 KEMPAS, sedang meluaskan empayer di Kuala Lumpur dan Shah Alam.. manakala TUDUNG sedang bergiat aktif di mana2.. stock tudung makin bertambah.. dan harga boleh dirunding...

baru2 ni aku memasuki kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh UM selama seminggu.. di PD.. alhamdulillah, aku mendapat byk ilmu perniagaan disamping dapat kawan baru.. insyaallah, jika tiada aral meliuntang, aku akan berusaha untuk memajukan perniagaan yang ketiga.. tetapi harus dirahsiakan...


** BLOG INI BUKAN HANYA BLOG PERIBADI TETAPI ADALAH BLOG KEPADA SEMUA..

www.my-otakotak.blogspot.com

www.galerigadismelayu.blogspot.com

hye sahabat!

alhamdulillah, still ada masa untuk ku menulis blog ini.. ku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana diberikan nafas setiap hari sehingga ke akhir hayat..

post kali ini adalah berkenaan dengan perniagaan.. adakah perniagaan merupakan salah satu cara untuk bebas dari masalah kewangan??


mengikut kajian secara islamik, 9/10 hasil rezeki adalah berpunca dari perniagaan.. tetapi berniaga ini bukan senang umpama ABC.. tetapi memerlukan pengorbanan yang banyak bagi mendapat hasil yang banyak .. bak kata pepatah.. "yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang" "semakin banyak pengorbanan, semakin banyak hasil" dan banyak lagi perumpamaan..
telah update blog OTAK2

Thursday, April 29, 2010

belajar atau bekerja yang seronok?

ap erti belajar

"menimba ilmu pengetahuan secara formal atau tidak formal"

bekerja

"mencari rezeki bagi memenuhi keperluan diri"

beberapa penyelidikan dibuat oleh penulis mengetahui pendapat orang ramai, antara salah dari tajuk blog ini, dimanakah pilihan mereka.. bagi pekerja, mereka lebih menujukan kepada belajar adalah lebih seronok, kerana, mereka tidak tertekan dengan politik tempat kerja, waktu belajar tidak memenatkan dan kehidupan semasa belajar tidak memikirkan banyak masalah seperti ingin memikirkan tentang bayaran rumah sewa, kereta dan sebagainya.

tetapi, pelajar menyatakan mereka tidak sabar untuk bekerja kononnya bekerja dapat membuatkan mereka hidup berduit dan dapat memiliki apa kehendak mereka. selain itu, mereka juga akan bebas menggunakan wang tanpa memberitahu kpd ibu bapa tntang penggunaan duit. belajar adalah membosankan dan memeningkan lebih-lebih lagi apabila ketibaan hari peperiksaan.

banyak lagi pendapat yang di dapati dan penulis ingin bertanya kepada anda di luar sana.. adakah bekerja atau belajar lebih seronok?

sekian

"segalanya disini"


sang pengilham

mencari cinta

tajuk sangat best

"mencari cinta"

cinta apa yang anda hendaki? cinta yang membahagiakan anda di dunia? akhirat? atau dua-dua?

bukan senang mencari cinta yang sentiasa membahagiakan diri. melainkan cinta yang dicari adalah untuk Allah.

cinta adalah perkara yang subjektif. yang boleh dinilai oleh mana-mana manusia yang memahami maksud cinta.

apa pengertian cinta pada anda?

pada penulis, cinta adalah perasaan yang istimewa terhadap sesuatu dimana cinta membuatkan manusia menjadi lebih semangat melaksanakannya kerana cinta. dan manusia lebih rela mati jika hilang cinta.


oleh itu, meminta pendapat kalian tentang cinta

cinta.. cinta hakiki hanya untuk Ilahi..

sekian

"segalanya disini"

adakah puas membuat dosa

dari pengamatan penulis blog ini, seseorang tidak akan puas melakukan dosa sehingga dia tiada lagi,melainkan iman dihati dapat menghalangnya. kenyataan ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu. sebenarnya adalah dari ilham penulis di siang hari yang sentiasa menilai sesebuah kehidupan manusia yang sentiasa menurutkan hawa nafsu untuk kepentingan diri. sebagai manusia yang digelar khalifah muka bumi, seharusnya membahagikan diri dengan pelbagai perkara yang bermanfaat. menghiasi jiwa dengan perkara makruf dan menjauhi perkara mungkar.

kita hanya insan yang sentiasa alpa atau pelupa, sewajarnya mencari ilmiah tanpa disuruh kerana mempunyai akal fikiran di mana sahaja.. internet, akhbar, majalah.. adalah contoh2 untuk mendapatkan bahan bacaan yang bagus dan dapat menjadikan diri sendiri bertambah ilmu pengetahuan.

tanpa banyak bicara, "adakah puas membuat dosa?" bertanya kepada anda semua. nyatakan pendapat anda

sekian

"segalanya disini"

segalanya ada disini

hye! "segalanya ada di sini". begitulah motto yang teramat sesuai untuk dibaca dan dipertonton kepada semua dalam blog ini..

segala pandangan diterima sama ada negetif dan positif.. jadikan ia satu platform untuk meluahkan isi hati anda..

akhir kata.. salam..

editor

sang pengilham