Thursday, October 14, 2010

KEMALANGAN BAS DI PEDAS 10.10.2010 (TARIKH KERAMAT)

10-10-2010 merupakan tarikh yang sangat keramat dan sangat bersejarah dalam negara malaysia.. kerana disitulah ada kenangan yang sangat manis dan ada yang sangat pahit. yang sangat manisnya adalah ramai yang mendirikan rumah tangga pada tarikh itu. dimana 2 tempat pastinya mereka melaksanakan akad nikah yang sangat meriah dengan adanya tarikh keramat itu.

disebalik kesukaan terselit kedukaan dimana ada di antara kita yang teramat sedih menerima khabar berita kematian saudara atau ahli keluarga yang terlibat dengan kemalngan yang berlaku di lebuhraya utara selatan di Lebuhraya Plus yangberhampiran Susur Simpang Empat , Alor Gajah.seramai 12 orang yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. kemalangan itu berlaku antara 2 bas dan beberapa buah kereta dimana ia bermula dengan bas yang datang dari arah bertentangan (bas delima) melanggar divider dan akibatnya ia terbalik lalu menghalang kenderaan dari arah bertentangan. justeru kereta dan bas dari arah yang betol yang dipandu laju terempuh bas delima tersebut.

tidak samapai hati saya ingin menunjukkan gambar dalam blog ini.. kerana ianya sangt trajis dan membuatkan saya terasa insaf. ia nya membuatkan saya terpikir yang hidup ini hanya sementara dan sangat singkat masanya. oleh itu, marilah kita bersama2 menghargai masa hidup kita ini dengan memnuhkan ia dengan amalan2 wajib dan sunnah.. semoga roh yang terlibat dalam kemalangan tersebut di rahmati Allah.. al-fatihah

No comments:

Post a Comment