adakah anda seorang yang mementingkan keluarga? atau seorang yang mementingkan kawan atau kekasih daripada keluarga?
definisi
keluarga merangkumi banyak kumpulan. keluarga yang memelihara kita dari kecil sehingga dewasa. keluarga dalam alam persekolahan, keluarga dalam sukan permainan dan sebagainya.
konsep
konsep berkeluarga adalah lebih kepada kasih sayang dan cinta terhadap ahli keluarga. seorang ketua keluarga iaitu bapa atau suami, harus mengawal dan menguruskan keluarga dengan cara yang betul dan lurus. ia lebih utama untuk menyatakan cinta sesama ahli keluarga atas faedah bersama. keluarga adalah segalanya bagi kita. jika kita dalam kesusahan, sukar mencari kawan yg memahami...tetpi keluarga sgt2 memahami kita dan kebarangakalian utk membantu kita sangt tinggi
masa kini
kebanyakan anak2 lupa kepada keluarga. malu bershopping bersama keluarga kerana takut digelar "anak emak", takut digelar "x macho" dan sebagainya. bagi saya, ia sangat2 memalukan.. kita sepatutnya membiarkan kata2 itu bermain di mulut mereka. biarkan apa yang mereka nak kata, mulut mereka, pandai2 mereka urus di akhirat kelak. kita seharusnya bangga dan menghargai keluarga sementara mereka masih ada disisi. cube bayangkan kawan2 yang lain yang kehilangan ahli keluarga kerana kemalangan misalnya, mereka lebih sedih kerana mereka tiada lagi tempat bergantung, tempat nak mengadu dan bergembira.. hmmm..
perubahan dan nasihat
nasihat saya;
hargai keluarga yang selalu bersama kita diwaktu susah dan senang.. jangan malu untk bersama mereka walau dimana mereka mengajak kita. biarkan mereka yang hanya mengutuk. hanya kerana lidah mereka, jangan sampai kita menyesal di kemudian hari..
sekian
pss; konvo pada 5 ogos 2010.. di universiti malaya