Thursday, May 2, 2013

Kerja & Kelulusan ( Kaitan ke dengan hidup kita)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita berjumpa lagi.. ehem..  Apa pendapat kamu tentang kerja dan kelulusan. Adakah ia saling berkaitan? Akhir2 ini kita dapat lihat tentang pengangguran yang berleluasa di negara Malaysia. Sebenarnya siapa yang perlu disalahkan apabila seorang mahasiswa yang berkelulusan tinggi tidak mempunya pekerjaan?

adakah


  • Keluarga?
  • Kerajaan?
  • Syarikat?
  • Diri sendiri?
perkara ini selalu bermain di fikiran kita, dan kita tidak tahu apa yang perlu kita buat apabila pengangguran berlaku.

Pada pendapat saya, kerjaya pasti perlukan orang yang berkelulusan, tidak kira lah tinggi mahupun lebih tinggi! Tetapi yang kita dapat lihat, ramai yang baru bekerja tidak selari dengan kelulusan masing2.. Ini banyak berlaku. sebagai contoh, ramai yang berkelulusan dalam bidang alam sekitar, jurutera mahupun saintis, tetapi kerja sebagai Cikgu atau Peniaga. 

Hal ini adalah kerana ketidakhadiran kerja yang selari dengan kelulusan mereka atau mereka tidak mahu berusaha mencari keja yang selari dengan mereka atau persekitaran membuatkan mereka ingin mencari kerja lain selain kelulusan mereka.

Pengangguran tidak perlu berlaku kerana kerja sangat berlambak di Malaysia, cuma kita mahu atau tidak... pastinya, yang berkelulusan tinggi tidak mahu pekerjaan yang gajinya bawah RM2000, (ini kita kaitakan dengan ego). Ego pastinya tidak perlu ada dalam diri jika kita mahu berjaya. Jika ego masih berleluasa untuk mendapat kerja yang gajinya tinggi, kita harus kurangkan dan tingkatkan doa dan usaha. insya Allah.. 

Akhir kata, saya dapat simpulkan disini, kita harus berfikiran KERJA = REZEKI / DUIT. Dimana ada kerja, disitu kita dapat duit. Jika kita berfikiran begitu, pastilah dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti saya, saya belajar sehingga peringkat ijazah, tetapi memilih sebagai Peniaga Karpet Malaysia di Malaysia ini. saya harap agar rakan2 yang diluar sana, jika tiada kerja, carilah kerja, atau binalah kerja anda sendiri. USAHA DOA = Kejayaan!


GAMBAR DIATAS ADALAH SALAH SATU SURAU YANGSAYA PASANG KARPET =) ^.^


No comments:

Post a Comment