Sunday, December 5, 2010

OH YEKE! BARANG NAIK LAGI!


alhamdulillah.. sekali lagi diberi nikmat utk bernafas di dunia ini. byk jua ujian dan dugaan dalam menghadapi kehidupan di dunia. bagi saya ia adalah salah satu cara Allah menyayangi kita iaitu dengan memberikan ujian. makin byk ujian makin byk sayangNya kepada kita.
sekali lagi kita diberikan ujian iaitu kenaikan harga minyak, gula di Malaysia. bagi pendapat saya, kenaikan ini mungkin akan membebankan rakyat Malaysia dari segi perbelanjaan. walau minyak naik hanya 5 sen, tetapi minyak merupakan salah satu keperluan yang ketara bagi rakyat Malaysia.. so, memang perlukan minyak yang banyak. tanpa minyak bagaimana nak menggerakkan kenderaan bermotor? nak pergi mana2 pon susah jika tanpa minyak. harga gula juga naik. RM 20sen. wow! kadang2 aku berfikir. kenapa harga minyak, gula, dan sebagainya naik? adakah sebb minyak dan gula dah nak abes atau isu politik? perkara itu masih aku fikirkan sehingga sekarang. yela.. barang naik 2 kali setahun aku rasa.. tapi gaji naik setahun sekali. adakah ia seimbang jika ditimbang di atas neraca? hehe..




jika dilihat pada kontranya.. iaitu dari sudut positif, kenaikan harga barangan keperluan di negara kita mengajar kita erti kehidupan dan mengajar kita cara berfikir utk mengatasi masalah yang dihadapi.
bagi pendapat saya, kenaikan harga minyak menyuruh kita utk menjadi lebih berinovasi mencari inisiatif menggantikan minyak utk menggerakkan kenderaan bermotor.. contohnya memakai air atau udara atau bahan buangan bagi mengerakkan kenderaan bermotor. bukan kah itu yg patut kita sebagai RAKYAT MALAYSIA untuk lebih berinovasi dan bukan mengeluh mahupun mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan..

selain itu, ia mengajar kita untuk lebih berusaha mencari rezeki dan tidak bergantung sepenuhnya dengan kerja makan gaji. semua suka duit kan? oleh itu carilah duit itu dimana mana.. insyaallah, jika rezeki itu ada, ada lah ia.. dan ingat.. ia perlu ada formula D.U.I.T.. DOA USAHA IKHTIAR DAN TAWAKKAL..

sekian..

sang pengilham








No comments:

Post a Comment