
Thursday, April 21, 2011
BLOG AKU TAK RAMAI ORANG WALK IN =(

Monday, February 21, 2011
TIPS NAK JADI PEMES DALAM DUNIA BLOG

salam perpaduan diucapkan kepada semua. sape kat sini suka pemes mcm artis? tp kat sini aku leh tolong korang bagaimana nak jadi pemes dalam dunia maya..a.k.a dunia blogger...
- pastikan selalu update blog.. penerangan ;bagi sesape nak jadi pemes, kene la selalu appear dalam dunia ni.. korang kene update blog selalu.. pastu PING blog.. kalau susah sgt cari idea, bykkan bergaul dengan kawan2 dalam blog or fb (sahabat blogger, kami si blogger, cool blogger, dll) baca surat kabar, majalah dan sbg. dengan cara itu korang akan dapat idea nak tulis dalam blog. (p/s - penulis da lama x tulis blog sbb tiada idea)
- selalu join gathering blogger.. penerangan;- korang tengok selalu byk gathering dibuat oleh blogger.. korang join la.. mana tahu leh kenal n bertukar link. memang gerek.. cara ni pon bleh buatkan korang mesra dan selalu bertukar pikiran dalam blog...
- selalu buat contest dan hadiahnye gempak.. penerangan;- memang x dinafikan kalau korang buat contest. memang korang akan senang jadi pemes.. walaupon diorang juz tgk blog korang semata2 nak hadiah contest, at least diorang gembira.. kerana.. sambil2 tgk blog leh dapat hadiah.. lagi2 kalu hadiah tu memang gempak dapat ipad ke. dapat ipod, bini eh.. hehhe.. tersilap..so buatlah kontest selalu.. konfirm korang akan pemes..
- buat blog walking yg ikhlas (bukan spam) penerangan;- bukan senng nak jumpe blog walking yg ikhlas.. maskudnya.. datang ke blog orang lain, dan hnya tulis.."jalan2 disini" (ops.. macam penah wat je..) . sepatutnye korang komen2 la,,, bg idea pada kawan2 blog dan lain2.. ini kan boleh mengeratkan silaturrahim antara blogger,, hehe
- sentiasa buat blog yang mempunyai tips2 yang berguna.. penerangan;- korang kene tahu semula apa tujuan kita tulis blog.. msti kite tahu yang kita haruslah memberikan kesenangan dan tips yg berguna kepada kawan2 dalam blog.. orang MALAYSIA sgt suka tips2 dari korang yang ada blog.. kan bagus kalau kita memberikan kemudahan dari segi idea kepada kawan2 kita apabila membaca blog kita..
- buat video blog (vblog) penerangan;- bukan semua orang suka membaca blog tetapi ada yg suka mendengar juga.. kerana mgkin dari vblog leh buatkan org senng paham dgn apa yg diperkatakan dalam blog kita berbanding dengan tulisan dalam blog..
- selalu join forum yang berkenaan dengan blog (sahabt blogger, gengblogger, cool blogger, dll) penerangan;- biasanya kalau nak jadi sennang pemes,, korang kene byk mencapub sket.. hehe.. itu yang paling senang.. korang jgn x online selalu dalam forum.. nnti korang kurang pemes.. hehe
Friday, February 4, 2011
DILEMA CONTEST OLEH RAKAN2 BLOGGER..




positifnya, adalah lebih kepada yang menganjurkan contest.. kerana mereka boleh meng”up”kan trafik dalam blog or web mereka. Mereka yang menyertai pertandingan itu juga akan terima positifnya iaitu mendapat hadiah (jika menang la). Yang xdapat, mugkin akan rasa kecewa.. sebb dah curahkan usaha pelbagai tapi xdapat hadiah(ciannye).. selain itu juga, mereka yang terlibat dalam contest ini pasti dapat mengeratkan silaturrahim secara tidak langsung.. betol x?? hehe.. itu kan bagus namanya, mungkin dari contest itu ada yang bertemu jodoh, bertemu saudara yang da lama berpisah.. dan lain2..

negetifnya contest ini, mngki x bnyk.. sket je.. apa yng leh dikenalpasti, mungkin ada blogger yang menyertai contest tersebut sanggup tak tido, xmakan dan xbuat apa2 sbb nk mnng..itu dah dinamakan kemaruk masuk contest.. dah buang masa.. kalau menang, berbaloi la.. kalau x?? adakah berbaloi dgn usaha? Tepok dada tnye diri sendiri.. selain itu, mgkin akan ada perasaan hasad dengki yang timbul apabila x menang.. iaitu bergaduh dengan penganjur sebab rasa diri layak menang.. dan sebagainya..
kesimpulan.. ikut diri sendiri.. maaf kalau entry kali ini membuatkan sesiapa sakit hati.. chillax!
SOLAT JUMAAT - APA HUKUMNYA..

Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat
Firman Allah SWT:
| “ | "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) | ” |
Hadis tentang Solat Jumaat
Sabda Rasulullah SAW:
| “ | "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). | ” |
Syarat wajib solat Jumaat
- Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
- Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
- Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
- Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
- Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
- Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
- Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
Syarat sah solat Jumaat
- Didirikan di dalam waktu Zuhur.
- Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
- Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
- Didahului dengan dua khutbah .
Haram tinggalkan solat Jumaat
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individumuslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
| “ | "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) | ” |
Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
- Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
- Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
- Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
- Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
- Perang - Orang yang berada di medan perang.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
- mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
- Memotong kuku.
- Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
- bersugi
- Memakai wangi-wangian.
- Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
- Bersegera pergi ke masjid.
- Berniat iktikaf
- solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
- Memperbanyakkan bezikir, membacaAl -Quran dan berselawat ke atas Nabi.
Saturday, January 1, 2011
APABILA PARA BLOGGER BERTEMU.. 31 DIS 2010
pss; jgn lupa gathering social networker.. www.sngathering.com 22 januari 2011 d taman tasik titiwangsa.jmpe disana! =>
Sunday, December 12, 2010
CLIMATE CHANGE KLCC
HOTTEST MALAYSIA-FEMALE ARTIST!
1. LISA SURIHANI

- dengan kejelitaan dan kecomelannya serta keunikan bunyi R menyebabkan die sangat mengujakan! dalam page nye peminatnya adalah lebih sejuta! wow!

- paras rupa yang innocent dan meletup akibat daripada DRAMA BERSIRI NURKASIH, menyebabkan die dilabelkan sebagai artis yang sangat baik dan sangat jelita ketika memakai tudung!

- merupakan artis yang berani menunjukkan segalanya (apakah ayat ini kontrovesi). dan sangat suka lakonanya yang penuh beremosi

- mata yang cantik dan artis comel. pernah berlakond alam filem KAMI

- artis hot yang muncul dalam drama bersiri PUTERI. tangkap leleh.. sangat cute!
- yang ni xleh nak ckap ap.. mmg sgt sweet dan sangat manis. bintang AF5 ini dah ada company sendiri. sangat BULAT matanya.. alahai cantuknye nenek ni..
Wednesday, December 8, 2010
oh yeke! facebook.. wadah mencari kawan yang menjadi trend..
ini adalah statistik pengguna fb seluruh dunia.. saya mendapat tahu dari owner facebook sendiri. memang menjadi trend la facebook ni seluruh dunia.. manakan tidak malaysia sahaja dah menyumbangkan kira2 10 juta pengguna facebook.. hal ini bermaksud.. sgt ramai orang menggunakan masa mereka untuk melihat fb walau diamana mereka berada,, asalkan ada broadband or wifi di kedai mamak, setiap orang pasti x kan lepaskan peluang untuk melihat facebook.. wow!
Tuesday, December 7, 2010
nick vujicic malaysia --mohd sukur ibrahim-- seorang pemotivasi diri
SUKUR IBRAHIM --MALAYSIA HARI INI-- 7 DEC 2010 --NICK VUJICIC VERSI MALAYSIA







Sunday, December 5, 2010
OH YEKE! BARANG NAIK LAGI!
alhamdulillah.. sekali lagi diberi nikmat utk bernafas di dunia ini. byk jua ujian dan dugaan dalam menghadapi kehidupan di dunia. bagi saya ia adalah salah satu cara Allah menyayangi kita iaitu dengan memberikan ujian. makin byk ujian makin byk sayangNya kepada kita.sekali lagi kita diberikan ujian iaitu kenaikan harga minyak, gula di Malaysia. bagi pendapat saya, kenaikan ini mungkin akan membebankan rakyat Malaysia dari segi perbelanjaan. walau minyak naik hanya 5 sen, tetapi minyak merupakan salah satu keperluan yang ketara bagi rakyat Malaysia.. so, memang perlukan minyak yang banyak. tanpa minyak bagaimana nak menggerakkan kenderaan bermotor?
nak pergi mana2 pon susah jika tanpa minyak. harga gula juga naik. RM 20sen. wow! kadang2 aku berfikir. kenapa harga minyak, gula, dan sebagainya naik? adakah sebb minyak dan gula dah nak abes atau isu politik? perkara itu masih aku fikirkan sehingga sekarang. yela.. barang naik 2 kali setahun aku rasa.. tapi gaji naik setahun sekali. adakah ia seimbang jika ditimbang di atas neraca? hehe..jika dilihat pada kontranya.. iaitu dari sudut positif, kenaikan harga barangan keperluan di negara kita mengajar kita erti kehidupan dan mengajar kita cara berfikir utk mengatasi masalah yang dihadapi.

selain itu, ia mengajar kita untuk lebih berusaha mencari rezeki dan tidak bergantung sepenuhnya dengan kerja makan gaji. semua suka duit kan? oleh itu carilah duit itu dimana mana.. insyaallah, jika rezeki itu ada, ada lah ia.. dan ingat.. ia perlu ada formula D.U.I.T.. DOA USAHA IKHTIAR DAN TAWAKKAL..
sekian..
sang pengilham
Tuesday, November 23, 2010
ADAKAH PERJUANGAN ANDA BERBALOI??

perjuangan kita ada dimana2... perjuangan kita harus disertai dengan usaha yg mencukupi iaitu dari segi lahiriah mahupun secara batiniah. sebelum berjuang, harus diasah segala senjata. biar tajam senjata tu. maka tidak risaulah kita untuk berjaya dalam perjuangan tersebut.
perjuangan tanpa senjata umpama perjuangan yang menyuruh kita berputus asa begitu sahaja.. ia tidak dinamakan perjuangan jika kita berputus asa pada awal perjalanan..biarlah kita berjuangan sehingga ketitisan darah terakhir.
perjuangan mempunyai banyak erti.. sama ada berjuang melawan musuh mahupun berjuang melawan hawa nafsu. ia dinamakan sebagai jihad, dan jihad yg paling besaar adalah jihad melawan hawa nafsu. jihad ini memerlukan mentaliti yang tinggi. hal ini kerana jihad ini adalah melawan kehendak diri sendiri yang ingin melakukan sesuatu yang mungkin mendapat kemurkaan Allah..
bagi saya. kita perlu berjuang walau di mana kita berada.. tp perlu ingat. perjuangan tak selesai jika matlamat perjuangan tak dicapai lagi dan pastikan perjuangan anda berbaloi dengan usaha anda. sekian
Tuesday, November 16, 2010
saya sayang awak..

Saturday, November 13, 2010
INSPIRA DEPAN MATA (LOKASI -YONG PENG)




wow! kereta buatan Malaysia sebijik MITSUBISHI LANCER!KPLI- MTEST
Tuesday, November 9, 2010
apakah maksud berjaya dari perspektif pemahaman anda..
biarlah kita berjaya dengan usaha kita sendri kerana kata orang, kesakitan yang terasa semasa usaha untuk berjaya akan lebih bermakna setelah kita berjaya kelak.
bagi saya, kejayaan adalah datang dari diri sendiri disertai dengan pertolongan Allah. oleh itu, jangan lupa bersyukur setelah berjaya kelak.
salam..
sang pengilham
Sunday, November 7, 2010
mencari yang pasti
tapi satu je yang kene buat..
sabar..
kata orang sabar itu membawa kepada kebaikan.. betol ke?
haha... aku hanya mampu bersabar.. sabar je la.. aku tahu sabar itu membuatkan kite selalu tenang dalam kehidupan.. kalau x sabar.. boleh mendatangkan kemudaratan..
bile sabar hati akan tenang, bile tenang, minda boleh berfikiran rasional, bile rasional, maka keptusan yang di buat akan memuaskan hati.. akhirnya, kebaikan yang pasti akan dapat..
UNTUK MENCARI YANG PASTI, perlukan SABAR yang cukup banyak dan tinggi menggunung.. cari lah ia dengan berfikiran yang rasional agar kita tidak dilabelkan sebagai insan yang sentiasa "desperate".. SABAR + USAHA + TAWAKKAL..
mencari yang pasti disini membawa maksud apa yang akan aku capai pada masa hadapan.. pada masa usia ku 30 tahun, 40 tahun.. pastikan perkara yang pasti itu akan membahagiakan kita sampai bile2.. agar tidak menyesal di kemudian hari..
aku berharap segala apa yang aku post kali ini membuatkan hari aku lebih bermakna setiap hari..
so, itu sahaja post kali ini.. sekian..

