Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

RAHSIA KEJAYAAN TANPA MODAL



Kejayaan adalah perkara yang subjektif. Kejayaan boleh dicapai dengan MINDSET yang disetkan untuk berjaya. Gambar diatas merupakan salah satu cara untuk kita analisi semula apa yang perlu kita fikirkan dan lakukan. Mungkin dengan gambar diatas dapat memberikan kita kesedaran bagaimana caranya untuk kita berjaya dalam dunia ini. Pastikan kejayaan anda adalah sentiasa berterusan dengan syarat bukan sahaja memerlukan MINDSET sahaja, malah MINDSET+GOOD PLANNING+BLUE PRINT.

MINDSET
Kita harus mempunyai mindset atau pemikiran yang positif. Pendapat saya pemikiran ini adalah sangat penting bagi memulakan kerjaya dan perancangan yang ingin dilaksanakan. Jika mindset kita lemah, segala apa pekerjaan adalah tidak menjadi ataupon hasilnya tidak memuaskan. Seharusnya dan sememangnya kita perlu yakin atas potensi diri sendiri.

GOOD PLANNING
Good Planning ataupun Perancangan Yang Baik juga perlu. Hal ini bagi membolehkan segala hasil yang kita dapat adalah memuaskan hati kita dan mereka yang terbabit. Good Planning hasilnya Good Result.

GOOD PLANNIG = GOOD RESULT
BAD PLANNING = BAD RESULT

BLUE PRINT
Apa maksud BLUE PRINT? ia bermaksud TINDAKAN. Saya yakin semua dah ada MINDSET yang bagus, sudah ada GOOD PLANNING, tetapi kebanyakan antara kita adalah MALAS dalam melakukan TINDAKAN. Ini harus dipandang serius. Kita umpamakan seperti seorang perompak yang mahu mencuri di satu kedai. Mereka sudah ada MINDSET (MENGAMBIL APA YANG PERLU DICURI). Mereka sudah ada PLAN (masuk ke kedai). Cuba bayangkan kalau perompak tersebut tiada TINDAKAN @ BLUE PRINT? adakah dia mustahil untuk mendapat yang dia mahukan? mesti tidak bukan?

KESIMPULAN


MINDSET + GOOD PLANNING + BLUE PRINT = GOOD RESULT!

Saturday, August 6, 2011

MEMBINA BLOG DIARI PERIBADI

aku sangat suka bile tengok orang buat blog DIARI peribadi.. tetiba nak wat blog berunsurkan peribadi/diari. macam best je.. tapi ada ke yang nak baca?? haha,, mungkin "ramai" kot menunggu aku membuat diari ni... hehe.. teruja sgt tengok orang wat blog macam diari.. ada MASAKAN, ada MASALAH, ada GEMBIRA, dan ADA GMBAR YANG COMEL! haha..


adakah saya akan membuat blog peribadi?? haha,,, sape nak saya buat pasal kehidupan saya??sape setuju???hahaha


kalau ada orang respon pasal title blog ni, lagi semangat kot nak buat.. hahaha


k2, saya xnak kacu semua orang.. daaa... hehe




bukan DIARI AF TAW!

Friday, August 5, 2011

NAK JADI ALIM BAGAIMANA???


nak jadi alim bagaimana...

adakah dengan memakai kopiah dan jubah sudah mencukupi syarat untuk menjadi alim?

sebenarnya.. alim adalah mereka yang mempunyai ilmu agama yang banyak..mereka yang nak jadi alim, mestolah kumpul ilmu daripada orang2 yang berpengetahuan tinggi seperti ustaz di JAKIM ke, dan sebagainya.. carilah ilmu dimana2 sehingga kamu digelar orang yang berpengetahuan..

ingat, menjadi orang yang alim mestilah berguru pada awalnya dan tidak bergantung kepada kitab semata2 kerna mereka yang belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan.. baik2 jadi alim tetibe jadi sesat plak

rajin2 cari ilmu.. kat YOUTUBE banyak kan... dengar la ceramah ke, tazkirah ke, byk ustaz2 yang hebat ada dalam YOUTUBE... ustaz kazim alias, haron din, ismail kamus, yazid salikan (to be) hahaha..insyaallah..

so bagi saya, perlu untuk kita jadi alim untuk menyebarkan ilmu berguna kepada generasi masa depan..

HIDUP YANG SEMPURNA BERMULA DARI ILMU YANG BERGUNA


Thursday, April 21, 2011

BLOG AKU TAK RAMAI ORANG WALK IN =(


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih
(Ulang semua)

hye korang, korang sihat? ap aktiviti korang arini or minggu ni.. hope korang sihat dan ceria sentiasa.. arini aku nak cerita tentang kehidupan, pengalaman, dan situasi yang dihadapi.. mungkin ia nya dari aku atau org yang terdekat dengan aku..

adakah salah untuk orang lain berbuat baik sama ada kepada kita mahupun org lain?

saban hari, kita lihat, sikap manusia yang sentiasa mendengki satu sama lain.. ini adalah satu perkara yang patut kita hindarkan.. kerana ia boleh merosakkan perpaduan mahupun perhubungan silaturrahim.. betol kata orang, susah nak jumpe orang yang senang tgk orang lain berjaya.. betol x? ini adalah satu perkara yang harus kita ubah dan make a revolution.. boleh tak kita ubah sikap dimana kita sangat senang melihat org lain berjaya?? mungkn susah.. tapi seharusnya kita mulakan langkah sedikit2 untuk mengubah reaksi dan sikap masyarakt supaya senang melihat kejayaan orang lain..

susahkah untuk memberikan komitmen pada tanggungjawab yang ada?

ini juga serius.. dimana.. ramai orang angkat tangan bile nk jawat pangkat yang besar.... tapi.. adakah kita menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya? mungkn jawatan itu diberi oleh pengurus seblumnya,atau dipilih secara majoriti oleh kawan2 yang mengenali dirinya.. seharusnya.. jawatan yang kita dapat.. jalankan dengan rasa tanggung jawab.. bukan hanya pangkat pada nama, tapi pangkat pada nama dan jati diri.. komitmen harus ada bile dah ada tanggungjawab.. x boleh dipandang ringan.. jika dah bergelar suami, harus ada komitmen menjaga keluarga, bini dan anak2.. jangan menjadi bapa yang suke lepas tangan... itu sudah menjadi satu masalah besar dalam keturunan.. nnti.. anak ntah kemana, bini lari ntah kemana.. jika kita sebagai pengurus dalam mana2 kelab atau persatuan.,. seharusnya mengambil tahu tentang aktiviti dan ahli kumpulan.. ambil berat itu penting kerana ia adalah satu sikap yang perihatin.. KOMITMEN PERLU ADA UNTUK MENGHASILKAN PENGIKUT YANG SETIA..

perlukah ego?

ego sangat perlu dalam masa2 tertentu.. tetapi.. ego jangan selalu diperap dalam jati diri... menyebabkan orng lain benci jika terlalu ego.. lembutkan hati dan cube terima pendapat orang lain.. ini barulah membina perhubungan yang sihat tanpa ada yang sakit hati.. ego perlu jika kita ingin menegakkn kebenaran.. ingat.. ego tak salah.. tapi how we practic that egois..

malas??? pergi mati!

harus katakan pada diri.. "wahai malas, kau boleh x jgn cari pasal dengan aku, pergi mati r ko @#$%&!!" .kan elok jika kita rajin., kalu malas, apa pon x jadi.. bile xjadi, jgn menyesal kemudian hari bile x berjaya nnti.. lebih2 lagi dalam menjalankan urusan diri ,, dari segi membersihkan diri, rohani, solatnye, ibadat sunat yang lain.. bagus taw kalau kita rajin.. orang akan suke lihat kita secara tak langsung dapat menambahkan pahala...

nak tulis blog pon kene rajin gak.. jgn malas.. nanti xda org blog walking dah sedih.. huhuhuhu.. kalau boleh update la paling kurang seminggu sekali..mungkin kat luar sana ada yang menyukai blog kite.. so.. kecian la kat diorang yang menunggu..

akhir kata.. tq pada semua yang masuk ke blog aku.... yang bagi komen, mak ayah, adik2.. dan paling penting peminat2 blog aku.. sayang korang semua.. <3 <3

Friday, April 15, 2011

KERJA YANG SENANG MEMANG TAKDE KAN?


hye! tajuk blog arini adalah seperti diatas.

A : B, ada x kerja yang senang ek?

B : hmm, ada kot...

A : kerja ap? ko pon mcm xyakin je..

B : kerja di pasar. siang ikan, buang bulu ayam..

A : itu susah gak wey, lagi2 aku yang xpernah nak tolong mak aku menyiang ikan dan ayam.

B : kerja pungut sampah?

A : itu pon susah gak, ko bayangkan kalau kene pungut sampah satu KL, x susah ke namanya tu?

B : kalau mcm tu, memang xda kerja senang la kan?

A : tahu x pe ...

kesimpulan:

aku yang masih berada di ofis, melayang2 fikiranku utk mencari duit yang lebih.. korang ada x duit lebih? bagi aku sket..hehe

sebenarnya, memang tiada kerja yang senang.. tapi, kerja yang ada sekarang akan bertambah senang jika kita mengetahui bahawa kerja itu adalah HALAL DAN DIREDHAI.

SEKIAN..

Tuesday, February 22, 2011

OTAI BLOGGER.. ADAKAH KEREDHAAN MAK AYAH PENENTUAN PEMES KORANG?


salam sejahtera! hari ni saya ada persoalan... adakah keredhaan mak ayah kepada OTAI2 BLOGGER, merupakan salah satu sebab korang pemes?

pendapat saya tentang keredhaan mak ayah...

  1. sangat2 penting. sbb itu adalah punca utama kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. sebb keredhaan Allah tereletak pada keredhaan mak ayah.. so.. mungkin kan OTAI2 ini sangat popular sebb diredhai mak ayah? hehe
  2. kalau mak ayah xredha apa jadi? jawapannya: kita susah nak berjaya. mungkin kite akan berjaya.. tetapi kejayaan itu tidak mendapatkan keredhaan Allah.. so.. x berguna lah kejayaan kita itu..

skrang ni ak ada game.. game yang nak menguji ADAKAH ANDA BETOL2 SAYANGKAN KELUARGA.. OTAI BLOGGER KENE TERLIBAT SAMA K.. HEHE

GAME NI NAK TAHU SEJAUH MANA KORANG SAYANGKAN KELUARGA KORANG.. AK HARAP KORANG JUJUR..

..KORANG TEKAN KAT GAMBAR DI BAWAH NI UTK BERMAIN GAME INI..



p/s: JGN TIPU TAW... MUNGKIN BILA KORANG JUJUR KORANG AKAN JADI PEMES MCM OTAI2 BLOGGER.. HEHE




Monday, February 21, 2011

TIPS NAK JADI PEMES DALAM DUNIA BLOG


salam perpaduan diucapkan kepada semua. sape kat sini suka pemes mcm artis? tp kat sini aku leh tolong korang bagaimana nak jadi pemes dalam dunia maya..a.k.a dunia blogger...

tips nak jadi pemes dalam dunia blog.. apakah caranya?

  1. pastikan selalu update blog.. penerangan ;bagi sesape nak jadi pemes, kene la selalu appear dalam dunia ni.. korang kene update blog selalu.. pastu PING blog.. kalau susah sgt cari idea, bykkan bergaul dengan kawan2 dalam blog or fb (sahabat blogger, kami si blogger, cool blogger, dll) baca surat kabar, majalah dan sbg. dengan cara itu korang akan dapat idea nak tulis dalam blog. (p/s - penulis da lama x tulis blog sbb tiada idea)
  2. selalu join gathering blogger.. penerangan;- korang tengok selalu byk gathering dibuat oleh blogger.. korang join la.. mana tahu leh kenal n bertukar link. memang gerek.. cara ni pon bleh buatkan korang mesra dan selalu bertukar pikiran dalam blog...
  3. selalu buat contest dan hadiahnye gempak.. penerangan;- memang x dinafikan kalau korang buat contest. memang korang akan senang jadi pemes.. walaupon diorang juz tgk blog korang semata2 nak hadiah contest, at least diorang gembira.. kerana.. sambil2 tgk blog leh dapat hadiah.. lagi2 kalu hadiah tu memang gempak dapat ipad ke. dapat ipod, bini eh.. hehhe.. tersilap..so buatlah kontest selalu.. konfirm korang akan pemes..
  4. buat blog walking yg ikhlas (bukan spam) penerangan;- bukan senng nak jumpe blog walking yg ikhlas.. maskudnya.. datang ke blog orang lain, dan hnya tulis.."jalan2 disini" (ops.. macam penah wat je..) . sepatutnye korang komen2 la,,, bg idea pada kawan2 blog dan lain2.. ini kan boleh mengeratkan silaturrahim antara blogger,, hehe
  5. sentiasa buat blog yang mempunyai tips2 yang berguna.. penerangan;- korang kene tahu semula apa tujuan kita tulis blog.. msti kite tahu yang kita haruslah memberikan kesenangan dan tips yg berguna kepada kawan2 dalam blog.. orang MALAYSIA sgt suka tips2 dari korang yang ada blog.. kan bagus kalau kita memberikan kemudahan dari segi idea kepada kawan2 kita apabila membaca blog kita..
  6. buat video blog (vblog) penerangan;- bukan semua orang suka membaca blog tetapi ada yg suka mendengar juga.. kerana mgkin dari vblog leh buatkan org senng paham dgn apa yg diperkatakan dalam blog kita berbanding dengan tulisan dalam blog..
  7. selalu join forum yang berkenaan dengan blog (sahabt blogger, gengblogger, cool blogger, dll) penerangan;- biasanya kalau nak jadi sennang pemes,, korang kene byk mencapub sket.. hehe.. itu yang paling senang.. korang jgn x online selalu dalam forum.. nnti korang kurang pemes.. hehe
p/s- PEMES = MENCAPUB selalu .betol ke?

Monday, February 7, 2011

BETOL KE OTAI BLOGGER RAJIN MEMBACA, RAMAI FOLLOWER??



hye korang.. persoalan tajuk diatas nak ditanya pada korang semua.. adakah mereka yang rajin membca akan mendapat ramai follower?

mungkinkah mereka yang suka membaca buku waktu kecil, akan suka membaca blog orang lain? so dengan itu, die akan difollow oleh blog lain??

mungkin ia satu persoalan yang mungkin logik atau mungkin tidak... apakah rahsia otai2 blog sampai follower mendekati angka 10 ribu follower?? 8 ribu follower?? adakah mereka rajin membaca blog org lain dan akhirnya die mempunyai folower yg begitu ramai??

akhir sekali, apa faktor2 yang menyebabkan otai blog ramai follower selain mereka rajin membaca blog orang lain??

Friday, February 4, 2011

DILEMA CONTEST OLEH RAKAN2 BLOGGER..




hye korang! adakah korang ada simptom2 yg buatkan anda tidak leh tidur? selera makan berkurang? dan mandi x basah?

itu ternyata anda menghidapi penyakit... penyakit apa?? cinta??? angau??
..
..
.
.
tidak... anda sebenarnya terkena penyakit CONTEST DI BLOG!

sejak hari2 yang berlalu, blogger yang beribu2 di Malaysia ini sangat rajin menganjurkan contest(Aku ada wat gak).. ini menyebabkan beribu2 yang lain ingin memasukinya.. ada yang buat SIAPA KOMEN TERBANYAK, REVIE BLOG, FOLLOWER TERHEBAT, ENTRY TERHEBAT, dan lain2.. hadiah juga lumayan... ADA TOPUP la, ad I PHONE la.. ada dapat KERETA, dan macam2!
semua blogger yang menonton contest ini (termasuk aku)mesti nak berebut macam nak gila,, haha.. apakah impak yang korang rasa akan berlaku jika ada terlalu banyak contest @ pertandingan?? Bagi pendapat saya, ada 2 impak.. impak positif dan impak negetif..


positifnya, adalah lebih kepada yang menganjurkan contest.. kerana mereka boleh meng”up”kan trafik dalam blog or web mereka. Mereka yang menyertai pertandingan itu juga akan terima positifnya iaitu mendapat hadiah (jika menang la). Yang xdapat, mugkin akan rasa kecewa.. sebb dah curahkan usaha pelbagai tapi xdapat hadiah(ciannye).. selain itu juga, mereka yang terlibat dalam contest ini pasti dapat mengeratkan silaturrahim secara tidak langsung.. betol x?? hehe.. itu kan bagus namanya, mungkin dari contest itu ada yang bertemu jodoh, bertemu saudara yang da lama berpisah.. dan lain2..

negetifnya contest ini, mngki x bnyk.. sket je.. apa yng leh dikenalpasti, mungkin ada blogger yang menyertai contest tersebut sanggup tak tido, xmakan dan xbuat apa2 sbb nk mnng..itu dah dinamakan kemaruk masuk contest.. dah buang masa.. kalau menang, berbaloi la.. kalau x?? adakah berbaloi dgn usaha? Tepok dada tnye diri sendiri.. selain itu, mgkin akan ada perasaan hasad dengki yang timbul apabila x menang.. iaitu bergaduh dengan penganjur sebab rasa diri layak menang.. dan sebagainya..

kesimpulan.. ikut diri sendiri.. maaf kalau entry kali ini membuatkan sesiapa sakit hati.. chillax!

SOLAT JUMAAT - APA HUKUMNYA..


Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)


Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah .


Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individumuslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)


Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.


Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. bersugi
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf
  9. solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan bezikir, membacaAl -Quran dan berselawat ke atas Nabi.

sumber - wikipedia..

Thursday, February 3, 2011

25 TENTANG AK - YAZID -


AK DIJEMPUT OLEH CIKGU SURAYA UNTUK MENGETAHUI 25 TENTANG AKU.. HEHEHE.. tq cikgu suraya!
  1. nama penuh sue, mohd yazid bin salikan
  2. besday atau tarikh sue dilahirkan, 11 DISEMBER 1987...
  3. SAYA dilahirkan xcukup 1 bulan..dan berat MASA KECIK 2.96 KG...sangat KURUS k..hehehe.. skrg 93 kg. akan menurunkan kepada 70kg
  4. YAZID anak SULUNG dari 3 beradik..
  5. pernah jadi penolong ketua pengawas masa sekolah rendah..SELALU DAPAT NO 3 MASA SEKOLAH RENDAH!
  6. SUKAN - SILAT OLAHRAGA - MENDAPAT 10 EMAS DARI 20 PERLAWANAN
  7. SUKE SANGAT SENYUM!
  8. sangat suka karaoke! (SAMA MACAM CIKGU SUE -LAGU MAWI DAN JAMAL ABDILAH!)
  9. suka BERNIAGA
  10. BERNIAGA PENCETAKAN
  11. SUKA NASYID!
  12. bercita cita nak cipta lagu n lirik nasyid!
  13. semua cerita layan.. hehe
  14. pernah g ujibakat AKADEMI AL QURAN..tp direject sebab LUPA LAGU ALQURAN
  15. TAKUT KUCING.. HAHA
  16. SUKE KARTON GANAS ALA2 DRAGON BALL...
  17. SUKA PEREMPUAN manja,BERTANGGUNGJAWAB, BOLEH URUSKAN KELUARGA BERSAMA2..
  18. sangat jiwang dan romantis.
  19. saya sangat2 pakar bab SOAL CINTA!
  20. xtahu tentang fesyen.. ajarkan saya leh???
  21. buah hati?? masih available sebelum kawen.. haha
  22. sangat suke makan nasi dan ayam dengan tea o ais..
  23. xkuat makan.. cume kerap makan! haha
  24. saya sangat MANIS! dan saya boleh selerakan orang yang kurang selera makan..
  25. akhir sekali.. saya sangat sayang korang yang baca blog aku.. www.blogz-anda.blogspot.com @ KONCO BLOGGY!

Sunday, January 30, 2011

HELIZA SENYUM PADA AKU..

SENYUM SEINDAH SURIA YANG MEMBAWA CAHAYA

saya suke sangat bile nampak org senyum.. sebab senyum itu melambangkan orang itu tiada masalah. lagi best jika orang tersebut senyum pada saya, sebab saya rasa tenang dan selesa dgn orang tersebut.

senyum sangt penting sebab senyum dapat menghilangkan stress anda dan saya, jika anda dalam kerungsingan dan dalam emosi marah, cube ukirkan senyuman di bibir anda dan saya. saya sgt pasti, kerana senyum adlah ubat utk menghilangkan kerungsingan.

ada org kata senyum itu sedekah. betol ke? bg saya ia adalah teramat betol. sebab senyum dapat membuatkan orang lain lebih suke kepada diri anda, dan die akan gembira apabila senyuman itu dilemparkan terhadapnya. KESIMPULANNYA; memberikan sedekah kegembiraan kepada org lain apabila kita senyum. bukankan org lain gembira bile kte bersedekah kepadanya???


saya mengajak kawan2 semua . sentiasalah senyum walau dimana kita berada, lebih2 lagi apabila kita dalam stress.. sekian


saya suke kalau heliza senyum pada saya~

p/s: penulis berstatus tertekan semasa ini. dan die senyumkan diri smasa menulis blog ini. jom senyum! =))

Saturday, January 15, 2011

TETAPKAN HATI, TERUSKAN USAHA


jika hari ini kau disakiti, maka kau akan dapat kebahagiaan kelak.

jika kau merasa sentiasa malang, kau akan menjumpai kejayaan kelak.

kata-kata diatas adalah sentiasa bermain dalam pemikiran ku jika ku ditimpa musibah. x kira lah, kurang dapat rezeki ke, awek curang ke, di aniaya, dan sebagainya.

kene tahu bahawa itu semua adalah ujian. ujian dari Allah. bukan saje2 Allah nak turunkan ujian.. Dia nak hapuskan dosa sikit demi sikit.

lagi besar ujian, lagi besar dosa terhapus.

jika kite merasa tenang tanpa ujian Nya, berhati hatilah. Allah menurunkan ujian adalh kerana Dia sgt2 sayang hambanya. TERIMA KASIH YA ALLAH kerana memberikanku ujian sebegini dan sebegitu.

jika kita rasa x mampu sebb ujian diturunkan, bertahanlah..mohon dari Allah.. insyaallah.. akan dipermudahkan..

berharap agar kita sama2 bersykur atas nikmat dan ujian yang diturunkan. semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..

amin