Wednesday, February 9, 2011

Azan dan Kelebihannya



Azan
adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama ISLAM sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

LAFAZ AZAN DAN IQAMAT

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,اشهد ان لا اله الا الله
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,اشهد ان محمد رسول الله
Marilah menunaikan solat,حي على الصلاة
Marilah merebut kemenangan,حي على الفلاح
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)(UTK IQAMAT)قد قامت الصلاة
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Tiada tuhan selain Allahلا اله الا الله

KELEBIHAN AZAN

"Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hamper ajal tidak dapat berkata apa-apa....lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

p/s: hayati azan dan pergilah solat di masjid atau surau jika kamu mendengar azan...
p.s.s: sampaikan dakwah walau sepotong ayat,,

KREDIT

3 comments:

  1. sama2 amek pengajaran supaya jgn bila time part azan dlm tv or radio trus ubah channel. hehehe

    ReplyDelete