Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Azan dan Kelebihannya



Azan
adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama ISLAM sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

LAFAZ AZAN DAN IQAMAT

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,اشهد ان لا اله الا الله
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,اشهد ان محمد رسول الله
Marilah menunaikan solat,حي على الصلاة
Marilah merebut kemenangan,حي على الفلاح
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)(UTK IQAMAT)قد قامت الصلاة
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبر
Tiada tuhan selain Allahلا اله الا الله

KELEBIHAN AZAN

"Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hamper ajal tidak dapat berkata apa-apa....lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

p/s: hayati azan dan pergilah solat di masjid atau surau jika kamu mendengar azan...
p.s.s: sampaikan dakwah walau sepotong ayat,,

KREDIT

Sunday, February 6, 2011

PARIS HILTON MASUK ISLAM???


DARI SUMBER NI.. KORANG BACA LAH.. AKU CUBE COPY PASTE PERNYATAAN WEB NI..



"JEDDAH - Saudi Arabia - Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news.

"She has been toying with the idea for quite a while now and when she was imprisoned at Century Regional Detention Facility in 2007, she encountered a few people who had already converted," Mr Brinkham said.

By converting to the Muslim faith, Paris Hilton has decided to shun her old life as a celebrity skank.

Speaking from an Islamic study retreat in Jeddah, she said: "I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."

Hollywood Jihad

Ms Hilton plans to return to Los Angeles next week to start her own Islamic school in the middle of Beverly Hills.

"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone," an excited Paris Hilton said.

Paris Hilton also plans to change her name to 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Her Islamic school will open in July and is set to become a popular Hollywood spiritual haunt for many celebrities."


ADAKAH INI FAKE ATAU REALITI????



KREDIT

http://www.dailysquib.co.uk/entertainment/2636-paris-hilton-converts-to-islam.html

Friday, February 4, 2011

SOLAT JUMAAT - APA HUKUMNYA..


Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)


Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah .


Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individumuslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)


Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.


Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. bersugi
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf
  9. solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan bezikir, membacaAl -Quran dan berselawat ke atas Nabi.

sumber - wikipedia..

Saturday, January 15, 2011

TETAPKAN HATI, TERUSKAN USAHA


jika hari ini kau disakiti, maka kau akan dapat kebahagiaan kelak.

jika kau merasa sentiasa malang, kau akan menjumpai kejayaan kelak.

kata-kata diatas adalah sentiasa bermain dalam pemikiran ku jika ku ditimpa musibah. x kira lah, kurang dapat rezeki ke, awek curang ke, di aniaya, dan sebagainya.

kene tahu bahawa itu semua adalah ujian. ujian dari Allah. bukan saje2 Allah nak turunkan ujian.. Dia nak hapuskan dosa sikit demi sikit.

lagi besar ujian, lagi besar dosa terhapus.

jika kite merasa tenang tanpa ujian Nya, berhati hatilah. Allah menurunkan ujian adalh kerana Dia sgt2 sayang hambanya. TERIMA KASIH YA ALLAH kerana memberikanku ujian sebegini dan sebegitu.

jika kita rasa x mampu sebb ujian diturunkan, bertahanlah..mohon dari Allah.. insyaallah.. akan dipermudahkan..

berharap agar kita sama2 bersykur atas nikmat dan ujian yang diturunkan. semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..

amin

Saturday, July 10, 2010

syirik, perkara yang perlu dielakkan

salam sejahtera, salam satu perjuangan..

hari ini banyak kali dikhabarkan dengan banyak berlaku isu syirik iaitu yang terpesong dengan akidah islam.. hal ini hendaklah dipandang serius dan perlu di ambil berat oleh semua umat.. isu syirik banyak dilakukan oleh mereka sama ada dengan sengaja atau tidak.. hal hal seperti mempercayai bomoh yang lebih berkuasa dari Allah, mempercayai pada tilikan nasib adalah salah satu sifat syirik.. perkara ini seharusnya tidak ada yang mengamalkannya.. sungguhpun sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan antara kita masih mempercayai perkara2 sebegini.. adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran membanteras sama ada melalui FB, BLOG dan lain lain.. seharusnya kita perlu memperbanyakkan amalan sunnah yang disuruh oleh Allah supaya kita sentiasa terpelihara dari perkara2 yang boleh memesongkan akidah kita..