Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

adakah ARTIS MALAYSIA dan BLOGGER suka pakai tshirt design sendiri?



saya ada buat baju direct kilang..

saya boleh bagi quotation juga..

kualiti pon bagus..

alhamdulillah.. market sekitar semenanjung,,

design sendiri ye..

p/s: sy akan kira berdasarkan kuantiti baju, warna design, dan lain2.. masa penghantaran adalah tepat pada masanya..

013-4777862
ajid87@gmail.com

yg benar
-yazid-


Friday, February 4, 2011

SOLAT JUMAAT - APA HUKUMNYA..


Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)


Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah .


Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individumuslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)


Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.


Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. bersugi
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf
  9. solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan bezikir, membacaAl -Quran dan berselawat ke atas Nabi.

sumber - wikipedia..

Wednesday, December 8, 2010

oh yeke! facebook.. wadah mencari kawan yang menjadi trend..

adakah anda seorang yang bermain facebook? dan adakah anda tahu berapa statistik pengguna facebook seluruh dunia dan di Malaysia? biar saya tunjukkan..

ini adalah statistik pengguna fb seluruh dunia.. saya mendapat tahu dari owner facebook sendiri. memang menjadi trend la facebook ni seluruh dunia.. manakan tidak malaysia sahaja dah menyumbangkan kira2 10 juta pengguna facebook.. hal ini bermaksud.. sgt ramai orang menggunakan masa mereka untuk melihat fb walau diamana mereka berada,, asalkan ada broadband or wifi di kedai mamak, setiap orang pasti x kan lepaskan peluang untuk melihat facebook.. wow!


ini menjadi satu peluang kepada para peniaga or artis or mereka yang ingin menjadi popular mempamerkan segala bentuk perniagaan or aktiviti mereka masing2 dan mereka berharap besar akan menjadi lebih dikenali dalam facebook. ada yang berbentuk kebaikan dan tidak ketinggalan seperti menjaja tubuh. mereka(mak yah or pelacur) pon menggunakan medium fb untuk mencari pelnggan yang memerlukan khidmat dosa mereka.

bagi pendapat saya, setiap peluang perlu digunakan dengan sebaiknya. tidak salah menjadi popular, asalkan maruah dijaga. walaubagamanapun, masing2 perlu tahu yang fb bukan segalanya DAN saya sarankan agar semua pengguna fb di MALAYSIA agar tidak terlalu leka dengan FB..

nasihat saya.. SETIAP PERBUATAN HENDAKLAH BERPADA2 DAN TIDAK KETERLALUAN..
SEMOGA SETIAP AKIBAT ATAU KEPUTUSAN DI AKHIR EPISOD TIDAK MENYEDIHKAN,.

sekian

sang pengilham oh yeke!






Thursday, November 18, 2010

BUAT DUIT DENGAN JAM???

salam semua! hye! saya disini amatlah terharu kerana BANNER ku telah dipasang di header "AKU X-PO" yg telah dipasang oleh JUDIN BO..beliau adalah blogger yang hebat! dan sentiasa mempunyai komen yang banyak di setiap post blog beliau..

tq JUDIN BO!

berbalik kepada tajuk asal..

BAGAIMANA KITE BOLEH MEMBUAT DUIT DENGAN JAM..

adakah anda di luar sana tahu bagaimana??

disini saya akan huraikan bagaimana JAM boleh membuatkan kita duit yang berkepok2 dalam poket;

  1. Menjual Jam; ini adalah salah satu cara untuk membuat duit melalui jam.. x kira jika korang nak jual jam tangan atau jam loceng mahupun jam dinding. korang mungkin boleh berusaha untuk mencari supplier jam terbesar contohnya di China dan import jam dari mereka lalu menjualnya kepada customer di Malaysia. kalau kita tengok keadaan sekeliling.. ramai penjual menjual jam tangan terutamanya di Chow Kit, Up Town, Jalan Pudu dan sebagainya.. kalau x masyuk masakan mereka sanggup menjual jam sampai ke pagi.. betol x?
  2. Menjaja nama jam (contoh yang selalu kita lihat; MENDAPAT RM20 RIBU DALAM MASA 30 MINIT) ; ini merupakan salah satu cara untuk kita dapat duit melalui penjajaan masa jam.. perkara ini kita boleh laksanakan dengan melakukan pelbagai perkara dalam 30 minit untuk mendapatkan RM20 ribu.. seperti bermain nuffnang ke.. bermain affiliate ke.. pemasaran e-mail dan sebagainya. hal ini bermaksud, kita kena pandai manipulasi jam sebagai sumber pendapatan kita.
  3. MEMBAIKI JAM; banyak antara kita tahu membetolkan jam sendiri. apalah kiranya kita mewujudkan kedai repair jam tangan.. kan itu boleh membuatkan sedikit income buat kita.. pasni orang akan kenal kita ABU SI MEKANIK JAM.. haha.. takpe.. asalkan kerja halal dan x menyusahkan orang.
akhir kata. sebenarnya banyk ag yang kita boleh manipulasi jam sebagai sumber pendpatan kita. oleh, itu kita bersama-samalah memanfaatkan jam..

motivasi hari ini:
"masa itu adalah seperti emas nilainya"